Will Smith baru sahaja memenangi Academy Award sulung dalam kariernya menerusi lakonannya dalam King Richard.
Namun berlaku kontroversi dalam majlis tersebut apabila Will Smith menampar seorang pelawak yang merupakan rakan baiknya, Chris Rock kerana membahan isterinya secara langsung.
Selepas acara anugerah tersebut, Will Smith meminta maaf dan menyatakan bahawa : “Cinta akan membuatkan kamu melakukan perkara perkara gila.”
Chris Rock diberikan penghargaan untuk mengumumkan senarai pencalonan untuk Best Documentary Feature, dan dia telah membuat beberapa lawak untuk audien yang hadir termasuk membahan Jada Pinkett Smith dengan menggelarkannya sebagai “G.I. Jane 2” kerana dia mencukur rambutnya.
Will Smith yang dicalonkan dalam kategori lakonan terbaik dala, King Richard, bangkit ke atas pentas. Melihat Smith menghampirinya Chris Rock, mulai menenangkan Smith dengan jenakanya.
Rock tak sangka yang Smith akan menamparnya pada hari itu. Smith menghayunkan penyepak yang padu terus ke pipi Chris Rock, dengan Rock tergamam seketika.
Mereka yang awalnya bergelak ketawa, telah bertukar menjadi keliru kerana melihat reaksi Smith yang sangat serius ketika meninggalkan pentas dan kemudian memarahi Chris Rock.
Everyone at the Oscar’s when Will Smith assaulted Chris Rock on national television #Oscars pic.twitter.com/VX7EzFyJ22
— LORRAKON (@LORRAKON) March 28, 2022
Reaksi dari Lupita ini antara yang menarik perhatian Netizen. Dia duduk di belakang Will Smith.
i’m lupita during that entire will and chris situation pic.twitter.com/G3z92vxPlI
— kae 🙂 (@WIZKAELIFA) March 28, 2022
Lupita is all of us at this very moment:#Oscars #Oscars2022 pic.twitter.com/itO0M0ixao
— BuzzFeed (@BuzzFeed) March 28, 2022
Audien di auditorium terpinga pinga sama ada ianya satu gimik yang sudah dirancang? Begitu juga dengan audien di rumah. Mereka tak dapat mendengar maki hamun dan carutan Will Smith kerana rakaman audio disenyapkan serta merta.
Tetapi satu rakaman kamera tanpa tapisan tular menunjukkan Will Smith sangat marah dan berkata “keep my wife’s name out of your f***ing mouth.” ataupun “jangan sebut nama isteri aku dengan mulut kau tu hanat.”
UNCENSORED EXTENDED VERSION of Will Smith smacking Chris Rock from Japanese TV pic.twitter.com/s9BZoRyrrm
— Barstool Sports (@barstoolsports) March 28, 2022
Di Jepun video tersebut ditayangkan tanpa censored walaupun negara itu terkenal dengan budaya censored.
Puff Diddy yang kemudian muncul dalam slot tribute kepada The Godfather, cuba membantu untuk menenangkan keadaan.
Australian television showed an uncensored version of Will Smith telling Chris Rock to “keep my wife’s name out of your fucking mouth” during the #Oscars pic.twitter.com/cExKNWuEHO
— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) March 28, 2022
Kemudian Will Smith cuba menyambung pergaduhan itu selepas acara, dan Denzel Washington telah membantu menjadi orang tengah.
Will Smith mendedahkan bahawa Denzel Washington telah menariknya ke tepi ketika dia mahu bertumbuk dengan Chris Rock. Sambil Denzel mengingatkannya: “Pada waktu ketegangan memuncak, berhati hati, kerana itulah masanya di mana syaitan datang kepada kami.”
Will Smith mempertahankan tindakannya sambil menyatakan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya.
“Untuk buat benda yang saya buat ni kamu harus bersedia menerima kecaman dan cemuhan. Kamu harus bersedia berdepan dengan cakap cakap orang yang mengutuk kamu.”
“Dalam industri ini kamu akan berdepan dengan orang yang biadap ke atas kamu. Dan kamu harus tersenyum, berpura pura segalanya ok sahaja.”
Will Smith memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk persembahannya dalam King Richard. Ini adalah pencalonan keempat dan kemenangan pertama untuk Smith. Dia sebelum ini pernah dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk Ali pada 2001 dan The Pursuit of Happyness pada 2006, dia juga dicalonkan sebagai penerbit malam ini untuk FilemTerbaik untuk King Richard.
Hanya lima pelakon kulit hitam telah memenangi Oscar untuk Pelakon Terbaik: Sidney Poitier untuk Lilies in the Field (1963), Denzel Washington untuk Training Day (2001), Jamie Foxx untuk Ray (2004), Forest Whitaker untuk The Last King of Scotland (2006) , dan kini Will Smith.
Smith dalam ucapannya telah meminta maaf kepada penganjur Oscar, dan mengakhiri ucapannya dengan berkata, “Saya harap pihak Akademi menjemput saya lagi di masa akan datang.”