[VIDEO] Wonder Assits Menerusi Killer Pass Danial Amier Yang Disudahkan Safawi Rasid

Daniel Amier melakukan assist terbaik dalam aksi antara JDT menentang Kelantan dalam aksi pembukaan Piala Malaysia kumpulan D.

Di mana pemain berusia 24 tahun itu melakukan hantaran jauh dari tengah padang kepada Safawi Rasid yang melakukan off ball running yang cantik.

Nampaknya hari pembukaan kumpulan D menghasilkan wonder goal dan wonder assist dari dua perlawanan.

Dalam aksi di antara PJ City dan Sabah, pemain Tambadau, Park Tae Su menjaringkan gol screamer jarak 40 meter. Manakala di Stadium Sultan Ibrahim pula, Danial Amier melakukan wonder assist.

Juara Liga Super, yang juga juara bertahan Piala Malaysia, JDT berjaya meraih 3 mata dalam aksi pembukaan kumpulan D.

JDT menjaringkan 1 gol dalam setiap babak. JDT segera cuba mendominasi perlawanan dan kemudian mencipta peluang demi peluang gol.

Pada minit ke-30, JDT di hadapan menerusi penalti oleh Bergson. Ianya selepas pemain muda sensasi JDT, Arif Aiman dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Ghaffar Abdul Rahman.

Bergson tiada masalah menewaskan penjaga gol lawan dari titik penalti tersebut.

Ketika perlawanan bersambung pada separuh masa kedua, pada minit ke-49, Danial Amier membelah pertahanan lawan dengan hantaran killer pass yang luar biasa dan padu.

Beliau berjaya menggunakan visi dan teknik hantaran sempurna untuk menemui larian Safawi Rasid di final third. Safawi menewaskan garisan ofsaid pertahanan lawan dengan baik sekali.

Kombinasi itu menghasilkan gol kedua untuk JDT di halaman sendiri.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Saksikan assist gila padu daripada Danial Amier di sini:

Kemenangan ini meletakkan JDT kini menjadi pendahulu kumpulan A selepas satu lagi perlawanan melibatkan Sabah dan PJ City berakhir dengan seri 1-1.

Baca yang lain