[VIDEO] Wondergoal Tak Masuk Akal Dari Salah Selepas Assist Padu

Mohamed Salah mempamerkan satu lagi aksi berpasukan yang cemerlang. Di mana beliau melakukan assist cantik dan gol world class.

Tanpa dakwa dakwi, Mo Salah kini merupakan pemain paling penting di Liverpool. Beliau menjadi nadi penting pasukan sejak menyertai Liverpool pada hari pertamanya.

Dalam aksi menentang Watford, Mo Salah menunjukkan aksi luar biasanya seperti biasa.

Pada minit ke-9, Mo Salah melakukan assist cantik kepada Sadio Mane. Di mana pemain antarabangsa Mesir itu mengilas bola dengan bahagian luar kasutnya.

Sadio Mane menerima bola itu dan menjaringkan gol penting dalam kariernya di EPL. Ini apabila Mane mencetak gol ke-100 dalam EPL.

Sudah tentu ianya bukan assist yang mudah dilakukan oleh Salah, namun teknik yang sempurna itu membuatkan kemungkinan itu wujud.

Seterusnya pada separuh masa kedua, Mo Salah meletakkan dirinya sebagai penjaring gol. Kali ini, Salah menari nari menewaskan pertahanan Watford sampai ada yang terduduk.

Salah mendapat ruang yang dia inginkan dan melakukan ggol tipikal Mo Salah yang melencong ke hujung gawang.

Ketenangan Salah bergerak di kawasan sempit dengan kawalan yang diibaratkan oleh pundit Martin O Neil sebagai gerakan menggunakan naluri. Segalanya serba semulajadi.

Ianya ibarat dejavu, kerana Mo Salah sebelum ini pernah mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan gelecekan yang sama. Dan pasukan itu juga Watford.

Bukan pertama kali beliau melakukannnya, malah berkali kali.

Mohamed Salah memiliki rekod gol yang sangat cemerlang ke atas Watford sebelum ini.

Salah berjaya menamatkan aksi dengan menjadi MOTM. Di mana Salah menjaringkan 1 gol, mencetak 1 assist. Melakukan 68 sentuhan, mencipta 2 hantaran bahaya.

Seterusnya, Salah turut mencipta 1 peluang keemasan, dengan 3 gelecekan lolos dan 100% hantaran jauh tepat.

Liverpool menang 5-0 dalam aksi di Vicarage Road. Di mana Roberto Firmino melakukan hatrik.

Mane dan Salah masing masing dengan 1 gol untuk melengkapkan pemain trio serangan, kesemuanya menjaringkan gol.

BACA JUGA: Sadio Mane: Kisah Winger 100 Gol EPL Tanpa Secebis Penalti

Β 
Sebulan selepas rakan sepasukannya, Mohamed Salah menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris, Sadio Mane memahatkan namanya sebagai seorang lagi pemain dari Afrika melakukannya.

Sadio Mane menjadi pemain yang akan dikenang dalam lipatan sejarah Liverpool buat selamanya. Pemain yang dibeli dari Southampton dan menstabilkan dirinya sebagai penyerang dalam sistem front 3 Liverpool.

Dalam aksi berhadapan dengan Watford, Sadio Mane hanya memerlukan 9 minit sahaja untuk memahatkan namanya menjadi penjaring seabad dalam EPL.

Mohamed Salah melakukan hantaran dengan outside the boot yang tepat. Mane menjaringkan gol pertamanya dari luar kotak penalti pada musim ini.

Sadio Mane menjaringkan 21 gol dalam 2 musim di Southampton. Dan selepas 8 musim di EPL, Sadio Mane akhirnya berjaya juga mencapai angka gol yang luar biasa. Tak siapa pun menyangka Mane akan duduk sebaris dengan legenda dari Afrika yang lain seperti Didier Drogba yang turut mencetak gol seabad dalam EPL.

Berbeza dengan Mohamed Salah, pada musim awalnya di Liverpool, Sadio Mane bukanlah pemain yang bermain dengan pasukan yang sangat stabil seperti hari ini.

Namun impak Mane sentiasa meningkat dari hari demi hari. Selain itu Mane juga bukan pemain yang mengambil sepakan penalti mahupun sepakan percuma di dalam pasukan Liverpool.

Mane menyertai Southampton dari RB Leipzig pada usianya baru 22 tahun. 21 gol daripada 67 penampilan sudah cukup untuk meyakinkan Liverpol bahawa Mane adalah pemain yang diperlukan.

Hatrik beliau ke atas Liverpool juga pada masa itu menjadi batu loncatan penting yang membawa kepada minat mendalam Liverpool.

Mane mencatatkan 20+ gol dalam liga pertama kali pada 2018/19, berkongsi kasut emas dengan Salah dan Aubameyang. Pada hari terakhir, Liverpool gagal merampas kejuaraan daripada Man City.

Seterusnya, Mane memiliki ratio 1 gol dalam setiap 2.3 perlawanan. Mane mencatatkan gol ke-100 selepas 254 perlawanan.

Mane kemudian menjadi nadi penting Liverpool dalam kejuaraan UCL dan seterusnya EPL pertama Liverpool selepas penantian 30 tahun lamanya.

Musim ini Mane bermula dengan agak perlahan. Di mana beliau banyak mempersiakan peluang gol yang beliau ada.

Namun Jurgen Klopp tak pernah hilang kepercayaan kepada Sadio Mane.

Beliau akhirnya membalasnya dengan gol penting ketika berdepan Watford. Seharusnya juga dia menambah beberapa gol lagi.

Mane kini menjadi pemain ketiga mencatatkan 100 gol EPL tanpa sebarang penalti di dalam proses tersebut.

Liverpool itu ada senarai legenda yang sangat ramai dalam sejarah mereka. Dan bukan mudah nak menempatkan diri sebagai legenda di Anfield. Namun status legenda Mane ini sudah boleh dikira terpelihara, cuma untuk kelab seperti Liverpool, status itu akan mereka dapat selepas mereka bersara kelak.

Β 

Baca yang lain