Video: Young Skor Voli Cantik Hasil Umpanan Sanchez, Dan Kerasukan Pirlo

Ashley Young dan Alexis Sanchez telah turun bermain untuk Inter Milan dan membantai teruk Brescia dengan kemenangan enam kosong..

Bekas kapten Manchester United, Young menyertai Inter pada Januari, dan beliau bermain bersama dengan Sanchez kini dipinjamkan dari Red Devils sepanjang musim ini.

Peminat United mungkin tidak akan pernah menjangkakan persembahan yang ditunjukkan mereka  seperti malam ini – yang menyaksikan Young menjaringkan gol voli cantik hasil umpanan dari hantaran lintang Alexis Sanchez.

Gol itu adalah hasil daripada kejituan dan kekemasan teknik oleh Ashley Young yang satu ketika dahulu menjadi pemain yang mendapat kepercayaan daripada pengurus elit seperti Sir Alex Ferguson dan  Jose Mourinho.

Dan pemain antarabangsa Chile- Alexis Sanchez – juga berjaya mendapatkan gol menerusi penalti.

Young mencetak gol pembukaan diikuti penalti Sanchez, diikuti oleh gol Danilo D’Ambrosio yang meletakkan Inter 3-0 sebelum rehat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, 3 lagi gol Inter Milan adalah menerusi Gagliardini, Candreva dan Eriksen.

Peminat di Twitter telah memberi reaksi kagum terhadap persembahan duo ini dan wajar untuk mengatakan bahawa Sanchez dan Young tidak disangka sama sekali akan menjadi pemain yang menjadi bintang utama dalam aksi kali ini.

Harapan pasukan Antonio Conte untuk memenangi Serie A sudah pun berakhir dan kini ketinggalan sebelas mata di belakang Juventus.

Saksikan gol ajaib itu di sini:

 

https://twitter.com/i/status/1278382486171631623

Para peminat juga berkongsi kegembiraan dan berharap Alexis Sanchez akan mendapat semula momentum beliau di atas padang.

Bukan itu sahaja, malah Ashley Young turut menjadi pencipta assist untuk D’Amborosio.

https://twitter.com/i/status/1278392670939951104

Dan turut kerasukan Andrea Pirlo.

https://twitter.com/i/status/1278389042405613574

Semalam Man United mengesahkan sudah mencapai kesepakatan dengan Inter Milan berkenaan dengan Alexis Sanchez.

Di mana pemain yang popular dengan video pengenalan bermain piano itu akan terus kekal di Inter Milan sehingga tamat musim ini.

Inter Milan pasti agak kecewa kerana gagal meneruskan aksi konsisten mereka musim ini untuk mencabar kejuaraan.

Conte sudah bersiap sedia untuk pelan bagi musim hadapan bagi membantu Inter Milan mendapatkan semula Serie A selepas sekian lama kemarau.

Inter Milan sudah mengesahkan kemasukan Achraf Hakimi dari Real Madrid untuk menyertai rejim Conte pada musim hadapan.

Seterusnya Inter Milan turut dikaitkan dengan beberapa pemain yang lain lagi, ini termasuk Olivier Giroud yang sekali lagi berada dalam radar mereka selepas gagal memeterai perjanjian pada Januari.

Baca yang lain