Video: Zlatan Skor Semula Untuk Milan, Cipta Rekod Jaringkan Gol Dalam 4 Dekad

Zlatan Ibrahimovic tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan ledakan gol beliau. Hanya dalam aksi kedua Serie A sejak menyertai semula AC Milan, pemain itu kembali dengan sentuhan gol.

Ianya kualiti Poaching yang sangat semulajadi dan teknik sesedap rasa.

Bekas pemain La Galaxy itu hanya memerlukan kurang 100 minit sahaja, untuk menjaringkan gol sekali lagi untuk AC Milan dalam kepulangan keduanya ke kelab itu.

Legenda Sweden itu menyertai AC Milan selepas tamat kontrak dengan LA Galaxy pada Disember.

Ketika karier pertama beliau di AC Milan dahulu, Zlatan Ibrahimovic merupakan nadi penting AC Milan untuk menjulang Serie A. Beliau merupakan penjaring terbanyak Serie A 2012.

Zlatan kemudian berpindah keParis Saint-Germain, Manchester United dan LA Galaxy. Zlatan Ibrahimovic kembali semula ke San Siro pada awal tahun 2019.

Aksi pertama beliau adalah masuk sebagai pemain gantian, ketika berhadapan Sampdoria pada 6 Januari lalu. Namun perlawanan itu terikat seri tanpa jaringan.

Perlawanan kedua Zlatan Ibrahimovic bersama Milan lebih manis. Beliau menjaringkan gol kedua pasukannya selepas gol oleh Rafael Leao.

AC Milan menang 2-0 di tempat lawan ke atas Cagliari.

Ini merupakan gol pertama Zlatan Ibrahimovic di pentas profesional sejak 24 Oktober 2019.

Ia juga gol ke-57 Zlatan Ibrahimovic untuk AC Milan daripada 87 penampilan. Kali terakhir beliau menjaringkan gol untuk Milan adalah pada 6 Mei 2012, menjaringkan 2 gol berhadapan Inter.

Ia ibarat kisah dongeng untuk legenda AC Milan itu yang kembali menjaringkan gol untuk AC Milan dalam 2 dekad berbeza.

Beliau juga menjadi satu satunya pemain yang menjaringkan gol di 4 dekad berbeza.

AC Milan kini mahu memperbaiki kedudukan liga mereka selepas permulaan yang teruk musim ini.

Milan mengakhiri kemarau kemenangan mereka sejak 8 Disember lalu.

Selain daripada gol, Zlatan Ibrahimovic memberikan impak secara mentaliti kepada pasukannya kerana karisma dan karakter yang ada padanya.

Walaupun sudah 38 tahun, Zlatan terus memecahkan rekod demi rekod. Beliau menjadi pemain kelima paling tua dalam sejarah AC Milan menjaringkan gol dalam Serie A di belakang Nils Liedholm (38 tahun120 hari), Filippo Inzaghi (38 tahun 277 hari), Paolo Maldini (39 hari 277 hari) dan Alessandro Costacurta (41 tahun 25 hari).

Ibra berkata: “Ini perlawanan kedua saya. Yang pertama berakhir 0-0 berhadapan Sampdoria. Hari ini kita dapat 3 mata di sini dan terus bekerja keras.”

“Apabila kamu terus berusaha sedaya upaya, nasib akan memihak kepada kamu.”

“Saya gembira, saya ada beberapa melakukan kesilapan. Namun  saya yakin selepas lebih banyak perlawanan selepas ini, saya akan kembali ke kondisi fizikal dan mental terbaik.”

“Aksi hari ini berbeza dengan sebelum ini. Kita lebih efektif, lebih kental. Ianya penting untuk kami menguatkan lagi persefahaman antara pemain.”

Pengendali AC Milan berkata, beliau akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Zlatan Ibrahimovic dapat bermain dengan taktikal yang sesuai.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan