[VIDEO]Akibat Keluar Awal, Penyokong Madrid Rugi Tak Dapat Masuk Stadium Saksikan Comeback

Penyokong sejati itu harus sentiasa bersama pasukan sehingga ke perjuangan yang terakhir di atas padang.

Namun terdapat sekumpulan penyokong Real Madrid telah meninggalkan pasukan mereka lebih awal kerana ketinggalan 1-0 di Bernabeu dan ketinggalan 2 gol secara agregat.

Dalam bola sepak, segalanya tidak mustahil. Kamu mungkin akan menyaksikan keajaiban menjelma. Pastinya kita tak mahu terlepas detik ajaib itu.

Malangnya, sekumpulan penyokong Real Madrid baru membuang peluang mereka untu menyaksikan pasukan mereka bangkit dengan sangat dramatik pada minit ke-90.

Mereka kemudian kelihatan benar-benar menyesali keputusan mereka.

City kelihata telah mengesahkan tempat mereka ke final Liga Juara-Juara 2021-22 berikutan jaringan Riyad Mahrez pada minit ke-73, yang meletakkan pasukan Liga Perdana itu dengan agregat 5-3.

Beberapa orang penyokong Madrid meninggalkan Bernabeu lebih awal, menganggap permainan sudah tamat, sebelum bergegas untuk kembali ke stadium selepas mendengar rakan penyokong mereka menjadi liar di dalam stadium.

Dua gol lewat dramatik daripada Rodrygo melengkapkan salah satu comeback paling dramatik dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah.

Real Madrid kelihatan mati dan terkubur tetapi anda kamu boleh menganggap mereka sudah kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan. Itulah sebabnya kenapa mereka menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan Liga Juara Juara Eropah.

Gol Rodrygo menghantar perlawanan separuh akhir ke masa tambahan sebelum Karim Benzema – siapa lagi? – menjaringkan gol kemenangan dari sepakan penalti untuk menetapkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menggiurkan menentang Liverpool pada hujung bulan ini.

Satu rakaman yang disiarkan dari luar Bernabeu kelihatan menunjukkan beberapa penyokong yang keluar awal bergegas kembali ke pintu selekoh ketika peminat euforia di dalam stadium menjadi gila.

Lagu latar untuk gol yang terkenal untuk kelab mereka juga boleh didengari.

Mereka kelihatan kecewa. Dan ada yang marah kerana dilarang untuk masuk semula.

Mereka akhirnya bersama sama dengan penyokong yang tanpa tiket berada di luar stadium. Bezanya penyokong yang tak ada tiket itu memang berada di seksyen untuk menonton siaran langsung.

Mereka pula berada di pintu stadium dan hanya mampu membuka telefon pintar dan melihat baki aksi di situ. Mereka menyaksikan Karim Benzema menjaringkan gol penting untuk memberikan kemaraan ke final sekali lagi untuk Real Madrid.

Peminat bola sepak memberikan banyak reaksi ke atas kelakuan mereka. Ada yang menganggap mereka adalah lalang dan pengejar kegemilangan / glory hunter semata mata.

Ketika pasukan tengah ketinggalan dan sangat memerlukan sokongan peminat, mereka pula tidak ada di dalam stadium kerana sudah balik.

Selain itu ada juga yang mentertawakan penyokong penyokong tersebut sebagai bodoh.

Saksikan detik itu di sini:

UCL: 2 Gol Rodrygo (Minit Ke-90 Dan 90+1) Dan Penalti Benzema Singkir Man City

Manchester City terus kempunan satu satunya kejuaraan yang masih tiada dalam kabinet mereka dalam sejarah kelab mereka. Walaupun sudah berbelanja besar pada era pemilikan Arab.

Manchester City musim lalu menjadi naib juara UCL, tewas di tangan Chelsea.

Guardiola meneruskan rekod gagal menjurai UCL bersama dengan pasukan yang tiada Lionel Messi walaupun sentiasa memiliki skuad serba bintang.

Ketika di Bayern Munich, Guardiola gagal untuk memenangi UCL. Seterusnya di City, juga masih belum mampu sehingga sertakat ini.

Magis Bernabeu

Hasrat City untuk membentuk final semua Inggeris pada musim ini tidak kesampaian. Di mana mereka disingkirkan oleh juara 13 kali Real Madrid di masa ekstra.

Manchester City sangat hampir ke final dalam perlawanan ini. Di mana mereka kelihatan mulai mengendurkan tempo mereka dengan pendahuluan agregat 2 gol.

Namun pendekatan itu membawa padah, apabila pada minit ke-90, Rodrygo merapatkan agregat kepada 4-5.

Sebelum pemain yang sama mengikat City secara agregat 6-6 pada masa kecederaan 90+1. Ya hanya seminit selepas gol pertamanya.

Manchester City terlebih dahulu di depan menerusi Riyad Mahrez pada minit ke-73 untuk menjadikan agregat 5-3.

Ianya jaringan ke-24 bintang dari Algeria itu musim ini dalam semua pertandingan. Prestasi terbaik beliau secara individu bersama dengan manchester City. Hanya Mohamed Salah menjadi pemain dari kelab EPL yang lebih banyak gol daripada Riyad Mahrez.

Malangnya pasukan Pep Guardiola membenarkan Real Madrid bermaharajalela di kawasan pertahanan mereka pada  babak babak akhir perlawanan.

Mereka mulai cuba mencipta peluang demi peluang untuk bangkit daripada situasi yang dianggap mustahil. Namun magis Bernabeu dalam UCL ternyata masih berbisa.

Bintang Brazil, Rodrygo mengikat The Citizens pada minit ke-90 dan ke 90+1.

Pada masa ekstra, Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti.

Ini selepas Ruben Dias menjatuhkan pemain antarabangsa Perancis itu di dalam kotak penalti.

Karim Benzema tiada masalah menyempurnakan penalti tersebut.

Gol ke-15 Karim Benzema dalam kempen UCL musim ini daripada 11 perlawanan. Dan gol ke-43 beliau secara keseluruhan musim ini.

Selepas gol Benzema itu, Manchester City mendominasi perlawanan seperti biasa. Namun Real Madrid bertahan dengan baik sekali.

Courtois memastikan gawangnya tidak bocor lagi.

Tamat perlawanan Real Madrid mara ke final dan menempah pertemuan dengan Liverpool sekali lagi. Ulangan final 4 tahun yang lalu.

Real Madrid kini berpeluang besar menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga yang sudah dalam tangan bersama dengan Liga Juara Juara Eropah.

Carlo sang pakar UCL

Para pemain Real Madrid girang meraikan kemaraan mereka ke final. Manchester City terus berduka sekali lagi.

Carlo Ancelotti seharusnya dianggap sebagai pakar final UCL.

Hal ini kerana, ini adalah final UCL kelima Carlo Ancelotti di dalam kariernya selepas mara ke final 3 kali bersama AC Milan pada 2003, 2005 dan 2007., Serta 2 kali bersama Real Madrid pada 2014 dan 2022.

Dua daripada 5 final Ancelotti adalah berdepan dengan Liverpool. Di mana dia kalah pada 2005 dan menang pada 2007.

Real Madrid menewaskan Liverpool pada final 2008 selepas aksi ngeri oleh Lloris Karius pada ketika itu. Namun pada tahun berikutnya Liverpool berjaya menjuarai UCL mereka.

Pertemuan 2 kelab tradisi UCL

Pertemuan Real Madrid dan Liverpool adalah pertemuan dua kelab paling sukses di UCL di liga masing masing.

Real Madrid dengan 13 kejuaraan UCL, terbanyak di kalangan kelab Sepanyol. Manakala Liverpool sudah memiliki 6 UCL, terbanyak di kalangan kelab Inggeris.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil