[VIDEO]Aksi MOTM Thiago vs Man United – Rolls Royce Midfielder Dengan 95% Ketepatan Hantaran

Thiago Alcantara sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang beliau menentang Manchester United.

Liverpool menang bergaya 4-0 ke atas Manchester United di Anfield. Di mana Mohamed Salah kembali menemui sentuhan golnya berdepan dengan kelab musuh tradisi Liverpool iaitu Manchester United.

Sebelum Salah mencetak gol kedua untuk Liverpool, pemain antarabangsa Colombia, Luis Diaz terlebih dahulu meletakkan Liverpool di hadapan selepas menerima hantaran Mo Salah dan meyumbatnya masuk dari jarak dekat.

Salah kemudian menjaringkan gol kedua hasil binaan permainan kombinasi dan pass cantik Sadio Mane.

Sadio Mane kemudian menjadi penjaring gol ketiga Liverpool dengan setuhan first time shot selepas menerima hantaran Diaz.

Malam indah Liverpool akhirnya lengkap apabila Mohamed Salah menjaringkan gol keempat. Kali ini menerima hantaran pemain gantian, Diogo Jota.

Selain daripada 4 pemain penyerang yang cemerlang, Mane, Salah, Diaz dan  Jota, nama Thiago Alcantara turut menjadi tumpuan.

Thiago Alcantara menjadi arkitek dan penguasa di tengah

Thiago Alcantara berjaya menjadi nadi Liverpool di bahagian tengah dengan membantu playmaking dari bawah. Beliau menunjukkan aksi yang bertenaga dan sangat lincah.

Lebih menarik, ketika Thiago dikeluarkan, legenda midfield Manchester United, Paul Scholes turut berdiri memberikan tepukan penghargaan buat pemain itu.

Beliau tahu Thiago layak menerima pujian walaupun dari penyokong lawan.

Secara keseluruhannya, Thiago telah melakukan 95% hantaran tepat dalam perlawanan ini. Dengan 6 hantaran panjang tepat daripada 6 kali dia melakukannya.

Seterusnya, Thiago Alcantara membuktikan kelicikannya dengan melakukan 3 gelecekan sukses daripada 3 percubaannnya.

Beliau juga banyak membantu ketika bertahan dengan kekuatan duels serta melakukan 2 pintasan.

Kenapa keluar?

Ketika Thiago dikeluarkan, ramai peminat tertanya tanya, adakah pemain itu tercedera? Ini kerana Thiago Alcantara ada rekod kecederaan yang merisaukan.

Jurgen Klopp telah meredakan kebimbangan peminat mengenai spekulasi kecederaan untuk Thiago, sebaliknya mendedahkan pemain Sepanyol itu dikeluarkan ketika menentang Man United atas alasan lain.

Thiago menghasilkan aksi kelas tersendir di Anfield pada malam Selasa, menguasai bahagian tengah menentang pasukan United yang serba serbi tak menjadi ketika Liverpool menang 4-0.

Pemain berusia 30 tahun itu seolah-olah mencengkam hamstringnya sebelum digantikan oleh Naby Keita, walaupun pertukarannya dengan Klopp di garisan tepi menunjukkan sebenarnya diambil sebagai langkah berjaga jaga.

Klopp tidak mahu mengambil sebarang risiko ke atas Thiago.

Malah, dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Klopp menjelaskan bahawa ternyata Thiago hanya mengoyakkan seluar pendeknya. Bukannya kerana dia memegang hamstringnya kerana cedera. Ada sesetengah pemain akan melonggarkan seluar mereka dengan pelabagai cara. Ini untuk membolehklan otot mereka lebih bebas dan mengelak risiko kecederaan.

“Saya fikir dia telah melakukan sesuatu yang lain,” kata pengurusnya kepada pemberita, mengulangi sentimen di kalangan penyokong selepas perlawanan.

“Dia memberitahu saya dia baik-baik saja!”

Klopp pada masa yang sama memang mahu mengeluarkan pemain itu kerana tugasan Liverpool pada hari itu sudah selesai. Dia boleh berehat awal dan fokus kepada perlawanan seterusnya..

Seperti yang dinyatakan Mohamed Salah dalam temu bual bersama mereka dengan Sky Sports: “Dia adalah satu-satunya yang mereka [penyokong Liverpool] nyanyikan hari ini!”

Thiago Alcantara diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan kerana prestasi cemerlangnya.

Thiago Alcantara sebelum ini menyertai Liverpool dengan harga £25 juta dari Bayern Munich. Beliau merupakan pemain tengah yang sangat cocok dengan sistem Jurgen Klopp di Anfield.

Saksikan aksi Thiago Alcantara yang ibarat pemain tengah Rols Royce.

Baca yang lain