[VIDEO]Debut Sempurna Dion Cools Skor Gol Voli, Clean Sheet Dan Bantu Jablonec Mara

Pemain kebangsaaan Malaysia, Dion Cools debut dalam aksi untuk kelab baharunya Jablonec. Dan pemain tersebut menjaringkan gol pada debutnya ketika menentang pasukan divisyen ketiga Motorlet Prague.

Cools membantu pasukannya mara ke pusingan ketiga Piala MOL selepas membelasah Motorlet Prague 4-0 di tempat lawan.

Berbanding dengan pertarungan liga yang menang dengan Hradec, jurulatih Horejš membuat lima pertukaran dalam perlawanan piala menentang Motorlet.

Cools dan Patrák muncul dalam kesebelasan utama buat kali pertama bagi melengkapkan debut mereka.

Pada permulaan aksi, Jablonecmengancam dengan dua percubaan yang tidak tepat. Pemain yang pernah beraksi di UCL, Dion Cools menanduk tersasar dan Patrák menamatkan di sebelah tiang beberapa saat kemudian.

Selepas sepuluh minit, penyokong tuan rumah bertepuk tangan buat kali pertama, Nátr merembat bola ke penjuru atas gol Jablonec, tetapi penjaga gol, Richter membuat lompatan yang hebat untuk menepis bola keluar.

Pada minit ke-17,  hantaran lintang Housky dari kiri menemui Cools di hadapan, yang terus melakukan percubaan masuk. Ia adalah debut impian buat pemain yang membuka akaun gol bersama Malaysia beberapa bulan lalu.

Cools menyambar hantaran diagonal dengan first time shot yang cantik.

Kem Jablonec agak berang apabila pengadil tidak meniupkan penalti selepas Patrák dikasari di kawasan kotak penalti.

Sebelum masuk ke bilik persalinan, pada masa kecederaan minit ke-45+1, Martinec menjadikan kedudukan 2-0 buat pelawat.

Pada separuh masa kedua, Chramosta, penjaring yang sudah menjaringkan empat gol dalam liga setakat, mempunyai peluang hebat selepas sepuluh minit permainan disambung. Namun percubaannya dihalang oleh penjaga gol, Mihálek.

Pada minit ke-59, Chramosta tidak dapat dibendung lagi. Dia berjaya menambah gol ketiga Jablonec dengan rembatan tepat ke tiang jauh  menjadikan kedudukan 3-0 buat pelawat.

Dua puluh minit sebelum tamat, berpunca daripada sepakan sudut kami, Chramosta menambah gol lagi untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Tiada tambahan jaringan lagi selepas itu. Apa yang pasti ini adalah debut sempurna buat Cools selaku pemain pertahanan. Dia menjaringkan gol. Lebih penting dia berjaya membantu pasukannya untuk kekal tak bolos sepanjang 90 minit.

Melengkapkan debutnya, pasukannya menang 4-0 dan mara ke pusingan ketiga Piala MOL.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi