[VIDEO]Detik ‘Ronaldo Chop’ Membantu Arif Aiman Menjadi Penjaring Termuda MSL Untuk JDT – Mengatasi Hadin Azman

Airf Aiman memecahkan rekod yang dipegang oleh Hadin Azman pada 2013, di mana ketika itu Hadin Azman menjadi penjaring termuda dalam sejarah Liga Super bagi pasukan Johor Darul Ta’zim — ketika berusia 18 tahun 11 bulan.

JDT semalam memasukkan Arif Aiman kerana kecederaan Safawi Rasid yang cedera seawal minit ke-4 perlawanan.

Arif Aiman dimasukkan pada minit ke-9.  Dan pemain muda itu tidak menunggu lama untuk gol sulung beliau dalam MSL. Hanya seminit di atas padang, Arif Aiman sudah meledak gol sulungnya.

Lebih menarik, keyakinan pemain muda ini melakukan beberapa maneuver menewaskan pertahanan. Dia melakukan larian diagonal masuk ke dalam, dan kemudian melakukan chop yang turut digelar Ronaldo Chop oleh pengulas di Barat. Ini kerana abang Do paling suka menggunakan gerakan itu.

Nah beberapa contoh:

Malah di beberapa akademi, maneuver itu menjadi salah satu subjek pendidikan bola sepak mereka.

Arif menukar arah sekali lagi dengan body feint yang mengelirukan, sebelum dia melepaskan percubaan masuk. Ronaldo chop Arif ni lawa sebab bola ‘hidup’ ataupun tak berhenti, membolehkannya melakukan next move dengan cepat.

Dengan gol itu, maka Arif Aiman kini menjadi pemain paling muda menjaringkan gol dalam Liga Super dengan usianya 18 tahun 10 bulan.

Pemain itu jelas tidak mahu mempersiakan peluang yang dimilikinya.

JDT mencipta kemenangan ketiga dalam kempen mereka musim ini. Dengan 8 gol tanpa bolos.

Paling menarik JDT musim ini menjaringkan 8 gol. Dan 8 pemain sudah tersenarai dalam penjaring gol.

Baca yang lain