[VIDEO]Dikecam, Dicemuh Sepanjang Minggu, Sekali Ronaldo Diamkan Pengkritik Dengan Hatrik Sempurna

Cristiano Ronaldo melalui minggu yang sukar pada minggu lalu selepas dikritik teruk terutama sekali media di Itali.

Namun seperti biasa, abang Do membuktikan dia bukan pemain yang lemah menerima kritikan, malah dia masih Ronaldo yang pantang dicabar.

Selepas dikecam dari setiap penjuru kerana kegagalan membantu Juventus menjuarai UCL, dan terkulai di 16 akhir sekali lagi, Ronaldo menjaringkan hatrik dalam tempojh 32 minit berdepan Cagliari.

Motivasi beliau ternyata kuat untuk menutup mulut pengkritiknya di dalam aksi yang berlangung Sardegna Arena.

Ronaldo membuka jaringan pertamanya pada minit ke-10 dengan gol tandukan yang menjadi cap dagangnya.

Gol kedua pula hasil daripada sepakan penalti selepas penjaga gol  Alessio Cragno mengasari penyerang berusia 36 tahun itu.

Dan gol ketiga beliau hadir pada minit ke-32, hasil kerja berseni oleh Federico Chiesa, menjadikan malam itu Ronaldo menjaringkan hatrik sempurna.

Ronaldo menuju ke arah kamera dan menunjukkan isyarat, mana suara haters? Yang menuduh bahawa masa beliau sudah berlalu. Sampaikan Ronaldo terpaksa membuat post IG menjelaskan bahawa dia masih lagi bersemangat seperti sebelum ini.

Selepas tamat perlawanan Ronaldo menolak memberikan temuramah kepada media kerana kecewa dengan sikap media kepadanya.

Saksikan aksi Ronaldo di sini:

KISAH RONALDO SKOR 4 GOL SELEPAS DIBOO

Cristiano Ronaldo pernah pengkritiknya dengan empat gol dalam perlawanan di mana Real Madrid menag 7-1 ke atas Celta Vigo.

Namun pada awal perlawanan Ronaldo dicemuh dan diboo oleh peminatnya sendiri di Santiago Bernabeu.

Real Madrid mendahului menerusi Pepe pada separuh masa pertama. Namun para peminat Real Madrid melakukan perkara yang sangat mengejutk

Ronaldo agak tergamam ketika dia mendengar bunyi boo daripada peminat sendiri, setelah dia menghantar bola ke kawasan yang tiada orang.

Ronaldo sebenarnya menjangkakan ada rakannya berlari ke zon tersebut. Namun di mata peminat Ronaldo hanyalah superstar yang kehilangan bola dengan mudah.

Tidak lama selepas itu, Ronaldo membalas sorakan boo itu dengan rembatan cantik dari jarak 23 meter, dari luar kotak penalti. Saksikanlah teknik beliau yang sangat sempurna.

Ronaldo segera berlari menuju ke arah belakang gawang dengan tangan diletakkan di atas telinga sebagai tanda amaran kepada pengkritiknya.

Dia mahu mendengar, di mana bunyi boo itu tadi.

Tidak lama selepas itu Ronaldo menambah satu lagi gol yang lebih cantik dan moleh — menerusi sepakan percuma – untuk gol ke-250 beliau dalam La Liga, daripada hanya 228 penampilan.

Zinedine Zidane juga pakar sepakan percuma ketika bermain dulu. Namun Zidane mengaku kalah dengan kualiti Ronaldo ketika itu.

“Kamu kata saya pun sepak free kick cantik, mungkin untuk jarak lebih dekat kot,” tegas Zidane sambil ketawa.

Selepas mendiamkan kaki boo dengan 2 gol pertama, Ronaldo melengkapkan hatrik kali ini dengan sangat mudah iaitu dengan tap in.

Gol keempat peribadinya hari itu yang juga gol kelima pasukan adalah menerusi satu tandukan yang kemas,

Dua lagi gol Real Madrid adalah menerusi Jesse dan juga Gareth Bale. Manakala gol saguhati Celta Vigo adalah menerusi Iago Aspas. Perlawanan berakhir dengan keputusan 7-1.

Namun sebenarnya, peristiwa itu tidak membuatkan seksyen boo boys di Bernebeu itu serik. Pada 2017, mereka membuat benda tu lagi kepada Ronaldo.

Sebenarnya, bukan Ronaldo saja jadi mangsa boo penyokong sendiri. Ronaldo ketika itu merayu agar penyokong tidak menge-boo dia lagi, kerana dia sentiasa buat yang terbaik walaupun tak skor.

Legasi dan kelegendaan

Cristiano Ronaldo memiliki karier yang cemerlang di Real Madrid dan meninggalkan pasukan tersebut dengan status penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Cristiano Ronaldo selamanya akan dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah La Liga. Beliau menikmati kerjaya sembilan tahun yang cemerlang di Sepanyol.

Legenda Real Madrid terkenal sebagai pemain yang sangat produktif. Ronaldo berjaya menjaringkan 450 gol dan 131 assist dalam 438 perlawanan.

CR7 memainkan peranan penting dalam membantu Los Blancos mengakhiri penguasaan Barcelona di La Liga yang dipimpin oleh Lionel Messi. Ronaldo memenangi La Liga dua kali.

Ronaldo menjadi penjaring terbanyak La Liga tiga kali pada musim 2010-11, 2013-14 dan 2014-15. Bekas pemain Manchester United itu juga dinobatkan sebagai pemain terbaik di La Liga untuk musim 2013/2014.

Superstar Portugal itu mengakhiri kariernya di Madrid pada 2018 untuk mencari cabaran baru di Juventus. Walaupun meninggalkan Sepanyol selama dua tahun, namun legasinya di La Liga masih kekal.

Berikut adalah 4 rekod La Liga yang dipegang oleh Cristiano Ronaldo di La Liga sehingga ke hari ini.

1 . Pemain Terpantas Menjaringkan 150, 200 dan 300 Gol di La Liga

Setelah melengkapkan perpindahannya pada tahun 2009, Cristiano Ronaldo segera mendapat kejayaan di Real Madrid dan berjaya menjadi penjaring terbanyak La Liga pada musim keduanya. Dia mengalahkan Lionel Messi dengan perbezaan sembilan gol.

Ronaldo terus mencipta rekod setelah menjaringkan 150 gol di La Liga menentang Getafe pada perlawanan ke-140 pada tahun 2013.

Dia meneruskan dengan menjaringkan gol ke-200 pada permainan ke-178 dan gol ke-300 dalam permainan ke-286.

2. Gol penalti paling banyak di La Liga – 61 gol

Cristiano Ronaldo adalah pemegang rekod sebagai penjaring terbanyak dari tempat penalti. Itulah sebabnya peminat bola sepak di La Liga memanggilnya ‘Penaldo’. Tak kisahlah, kerana tugasan penalti itu tak semua boleh ambil dengan baik bukan?

Bintang Portugal itu adalah pelaksana penalti Real Madrid yang utama. Ronaldo mampu menangani tekanan dengan baik.

3, Pemain Pertama yang Menjaringkan gol dalam 6 Permainan El Clasico berturut-turut

El Clasico adalah perlawanan antara dua pasukan terbaik Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona. Pertarungan ini boleh dikatakan penuh prestij mengingat persaingan lama kedua pasukan.

Ronaldo mampu bersinar dalam perlawanan kelas El Clasico dengan Real Madrid. Dia berjaya menjaringkan 18 gol dalam 31 perlawanan.

CR7 memecahkan rekod dengan menjaringkan gol dalam enam El Clasico berturut-turut pada tahun 2012. Bintang Juventus mengatasi rekod Ivan Zamorano.

4. Terpantas menjaringkan 20 Gol Liga Tercepat dalam Satu Musim – 12 perlawanan

Musim 2014/15 adalah antara musim terbaik Cristiano Ronaldo di Real Madrid.

Di bawah Carlo Ancelotti, Real Madrid bertarung sengit untuk merebut gelaran La Liga dengan saingan utama Barcelona. Tetapi pada akhirnya, Blaugrana yang memenangi La Liga dengan dua mata.

Walaupun Los Blancos kehilangan mahkota liga mereka, Ronaldo memenangi banyak pujian dan rekod untuk persembahannya yang hebat.

 

Baca yang lain