[VIDEO]Hanya Kad Kuning Untuk Stamping Challenge Jafri Chiu Yang Boleh Mengakhiri Karier

Isu stamping challenge dan pengadilan di Malaysia terus menjadi isu yang menarik untuk dibincangkan. Pernah beberapa tahun lalu, badan pengadilan bola sepak negara menyatakan cabaran stamping oleh seorang pemain pada masa itu.

Isu Rizal vs Fakhrurazi

Isu stamping ini menjadi panas ketika Rizal Ghazali menumbuk pemain T-Team, Fakhrurazi Musa yang cuba menapak beliau pada masa itu.

Dalam pengadilan tersebut pengadil melayangkan kad merah kepada Rizal Ghazali dan hanya kad kuning kepada Fakhrurazi dalam keadaan pengadil pada kedudukan jelas.

Saya pernah menulis bahawa, kad merah Rizal adalah tepat dan pada masa yang sama, Fakhrurazi Musa juga harus dilayangkan kad merah.

Agak mengecewakan apabila alasan yang dikeluarkan pengadil, kerana pijakan/tapakan Fakhrurazi itu tidak kena dan ia adalah 50-50. Jadi, pada awalnya, ada beberapa pihak menyatakan tindakan pengadil adalah tepat.

Adakah kita menunggu terjahan seperti itu betul-betul kena dang mengakibatkan keting pemain patah baru kita anggap ia bahaya?

Ini adalah penjelasan daripada Subkhiddin Mohd Salleh tentang isu ini. Saya seringkali menjadikan beliau sebagai rujukan untuk isu pengadil. Tetapi pada saat ini saya memilih untuk ‘split opinion’.

Sindiran FAM kepada ‘penganalisis’

FAM menerusi Subkhiddin yang ketika itu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, telah mendengar ramai peminat bola sepak di media sosial dan menyindir mereka dengan perkataan penaganalisis. Meminta mereka berhujah dengan fakta.

Ini kerana, beliau menilai bentesan Fakhrurazi itu memang bahaya (reckless) tetapi tidak kena tepat jadi, pengadil adalah betul melayangkan kad kuning sahaja. Baca penjelasan beliau:

“Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung malam tadi, rata-rata ‘penganalisis’ menyarankan supaya kedua-dua pemain diberikan kad merah. Adakah saranan ‘penganalisis’ lebih tepat berbanding keputusan pengadil pada perlawanan tersebut?

Terdapat dua kesalahan yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain pada satu tempoh masa yang sama.

– Pemain T-Team diberikan kad kuning atas kesalahan ‘reckless tackle’.

“Reckless is when a player acts with disregard to the danger to, or consequences for, an opponent and must cautioned.” (page 81)

– Pemain Kedah diberikan kad merah kerana kesalahan berkelakuan ganas, apabila beliau bertindak memukul pemain lawan.

“Violent conduct is when a player uses or attempts to use excessive force or brutality against an opponent when not challenging for the ball, or against a team-mate, team official, match official, spectator or any other person, regardless of whether contact is made. In addition, a player who, when not challenging for the ball, deliberately strikes an opponent or any other person on the head or face with the hand or arm, is guilty of violent conduct unless the force used was negligible.” (page 88)

“Setelah meneliti video, saya dapati kedua-dua pemain berpeluang untuk memainkan bola tetapi sudah tentu dalam corak yang berlainan. Pemain Kedah berpeluang untuk melakukan hantaran (passing) kepada rakan sepasukan secara adil, manakala pemain T-Team pula berusaha untuk menghalang pergerakan pemain Kedah.”

“Malangnya usaha pemain T-Team tersasar dan tindakan ‘rekless’ yang dilakukannya hampir mengenai tepat ke kaki pemain lawan.”

“Rizal Ghazali memukul kepala pemain T-Team Fakrurazi Musa. Pengadil sudah tentu perlu melayangkan kad merah jika sekiranya cabaran dengan kaki (kasut bola berstud) mengenai tepat ke bahagian kaki pemain Kedah.”

“Bagaimanapun, pada insiden berkenaan cabaran/tackle yang dilakukan oleh pemain T-Team tidak seperti yang dimaksudkan, ianya sama ada tersasar atau hanya mengenai sebahagian kecil sahaja.”

“Oleh itu, tindakan Pengadil adalah tepat apabila memberikan kad merah kepada pemain Kedah (kesalahan berkelakuan ganas) dan kad kuning kepada pemain T-Team disebabkan kesalahan reckless yang dilakukan sewaktu melakukan cabaran terhadap pemain lawan. “

Fakhrurazi hanya digantung 1 perlawanan keranan mengutip 3 kad kuning.

Jawatankuasa Tatatertib cakap ianya kad merah

Tidak lama selepas itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu telah mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan mesyuarat tatatertib pada 3 Mei 2017.

Beliau menyatakan kesalahan Fakhrurazi adalah ‘malicious’ dan digantung 3 perlawanan untuk kesalahan itu.

“Kesalahan dilakukan ketika perlawanan Liga Super, Perak lwn T-Team di Stadium Perak, Ipoh pada 8 April 2017.”

“Fakhrurazi Musa telah melakukan kesalah di bawah Artikel 59, Kod Tatatertib FAM berkenaan kelakuan yang menyinggung & fair play apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.”

“Ini menyebabkan pemain ini Digantung 3 perlawanan (Liga Super: Kedah vs T-Team, 24 Mei 2017; Liga Super: Selangor vs T-Team, 1 Julai 2017 & Liga Super: T-Team vs Kelantan, 11 Julai 2017).”

Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku kerana selepas itu semakin ramai penyokong kita yang mengkaji sendiri apa itu stamping challenge.

Bentesan Jafri Chew

Dan terbaru satu lagi insiden di mana Jafri Chew telah menunggu dengan sengaja Rabih Ataya dan mengangkat tinggi kakinya untuk stamping challenge atapun menapak.

Impak stamping challenge ni kesannya besar kerana permukaan boot yang keras itu diletakkan force yang kuat. Oleh sebab itu di Eropah ada pemain dilayangkan kad merah walaupun stamping challenge mereka tak kena. Kerana niat tu memang membahayakan.

Dalam peraturan IFAB, kad merah terus boleh dilayangkan kepada bentesan bahaya. Kad kuning untuk bentesan yang keras dan kad merah untuk bentesan ataupun kekasaran yang boleh memudaratkan keselamatan lawan dengan dilakukan secara execessive force / sekuat hati.

Stamping challenge ini adalah perbuatan yang sangat bahaya terutama sekali yang menggunakan dua kaki. Ianya memberikan risiko kecederaan serius kepada kaki pemain lawan. Sebab itu ianya dipanggil career end challenge.

Ada sesetengah bentesan yang tak sengaja walaupun pemain patah kaki sekalipun, masih dikira tak merbahaya kerana cara pemain membentes itu tidak bahaya. Cuma kecederaan berlaku kerana beberapa faktor lain.

Tapi lihat sendiri kes Jafri Chew ini.

Untuk bersikap adil, bukan ini sahaja stamping challenge dalam liga Malaysia. Namun ada beberapa insiden dikendalikan dengan lebih tegas oleh pengadil. Cuma insiden ini agak mengecewakan kerana hanya kad merah.

Lebih gila sebenarya bentesan itu adalah dalam keadaan off play ataupun permainan dihentikan seketika kerana ada foul lebih awal.

Mungkin juga pengadil tidak dapat menilai situasi itu sebaiknya pada masa itu? Maka tindakan retrospektif harus digunakan.

Bola sepak ni adat dia ada menang ada kalah. Orang kata menang sebagai jantan dan kalah sebagai jantan ataupun Win like a man and lose like a man. Boleh ke gitu.

Baca yang lain