Video True View Gol Origi vs Everton Yang Memukau

Dah jadi gian pulak tengok true view ni. Lebih lebih lagi apabila Lord Origi yang skorkan gol. Tidak begitu?

Tak tahulah korang. Mungkin fokus sukan gimnastik wanita Sukan SEA. Saya tak stay dengan bola.

Dalam aksi menentang Everton Origi menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool menang 5- ehemm . Malu nak sebut asyik tak clean sheet je.

Gol pertama itu yang telah ditayangkan semula oleh LFC dengan angle true view. Ala angle kamera yang macam dalam game FIFA tu.

Gol tu sebenarnya berpunca daripada recovery dari bawah. Robbo menanduk bola.

Lallana kemudian melarikan bola. Dan beliau menghantar ke mane lagi kalau tidak ke Mane.

 

 

Sadio Mane yang tidak tamak telah melakukan early pass menewaskan garisan rendah pertahanan.

Masa inilah Tengku Muda Origi melakukan larian lewat (late run) menewaskan pertahanan dan VAR.

Origi kemudian dengan tenang mengaibkan penduduk sebelah Merseyside biru dengan gelecekan melepasi penjaga gol mereka.

Dan pintu gol ternganga, Origi menghasilkan gol pertama. Korang tengok ni.

Kalau korang ada masalah tengok video tu sila dapatkan bantuan daripada tauke kedai handphone dan topup data.

Dan itulah permulaan kepada rancangan ceria pop star di Anfield di mana Liverpool menghiburkan Everton.

Selepas gol pertama itu, Liverpool menambah satu lagi gol menerusi Shaqiri, juga daripada hantaran pemain paling tak tamak – Sadio Mane.

Mane menjadi bintang utama dalam aksi Liverpool semalam dengan status pemain ke-4 terhandal dunia berdasarkan Ballon d’Or sampai Messi pun mengundi dia.

Everton mendapatkan 1 gol untuk merapatkan jurang gol menerusi Michael Keane. Gol epak sepak macam tu depan gol.

Kecewa dengan keadaan itu, Liverpool menjelmakan 1 lagi gol lawa daripada gandingan 2 lord iaitu Lordvren dan Lordivock. Memang cantik gol tu.

Origi dirasuk roh Torres dan Lovren dirasuk roh Alonso.

https://twitter.com/i/status/1202335129567420419

 

Everton kemudian membalas dengan 1 gol lagi kali ini menerusi Richarlison yang kononnya nak jadi punca kebangkitan.

Mane menjarakkan semula kedudukan dengan menjaringkan 1 gol selepas menerima hantaran daripada Arnold. Liverpool di hadapan dengan 4-2 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Liverpool dan Everton masing-masing sukar mencari gol.

Kemudian, melihat permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka, Wijnaldum pun mengajar 21 pemain lain di atas padang cara menjaringkan gol kelima, sebagai pemain nombor 5.

Cilaker susah nak cari video gol dia, aku up gol dia lawan Barcelona la.

Kat highlight bawah nanti korang tengok la gol tu.

Liverpool 5 Everton 2. Liverpool menang besar dan menjajah Merseyside hari ini. Everton dah la kalah terpaksa duduk di zon penyingkiran pula.

Belum apa apa Marco Silva dah cakap pengurusan tertinggi masih bekap dia.

Tahniah Liverpool di atas kemenangan yang mengekalkan jarak selesa di atas liga.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan