[VIDEO]Reguillon Naik Gila Tak Percaya Gol Rabona Lamela Ini

Lamela memang dikenali dengan kepakarannya melakukan rabona. Malah sebelum ini beliau pernah menjaringkan gol dengan gaya rabona.

Dalam aksi berdepan dengan Arsenal, bintang tersebut menjadikan peminat takjub dengan gol ajaib beliau.

Lamela melakukan rabona yang meleret terus masuk menewaskan Bernd Leno. Bola itu juga melepas celah kangkang Thomas Partey dan berlalu syahdu melepasi David Luiz.

Apa yang berlaku sangat luar biasa dan indah. Bola sepak itu memang sukan yang perlukan hiburan dengan gol seperti ini. Dan ianya pasti akan ikonik.

 

Spurs melakukan percubaan pertama menerusi percubaan Lamela itu dan ianya terus masuk.

Reaksi Reguilon ini adalah reaksi kita semua. Saksikan di sini, Reguillon seolah olah tidak percaya.

Lebih indah gol ini dilakukan dalam aksi derbi. Di mana Spurs berkunjung ke Emirates untuk derbi Utara London pada hari ini.

Mujur pemain pinjaman Arrsenal, Martin Odegaard menyamakan kedudukan pada minit akhir separuh masa pertama.

Dan ini adalah satu lagi gol rabona oleh Lamela satu ketika dahulu.

Baca yang lain

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.