Vidic, Ferdinand Maki Semua Orang Termasuk Van der Sar – Darrent Bent

Darrent Bent berkongsi kisah tentang duo pertahanan legenda pasukan Man United iaitu Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic.

Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic bukannya nama asing bagi peminat bola sepak Eropah terutama sekali Liga Perdana Inggeris. Bagi penyokong Red Devils, dua nama ini antara sebab kenapa mereka sentiasa berasa selamat.

Duo bek tengah yang dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman. Kedua duanya sangat kental dan telah banyak membantu Man Utd menjulang kejuaraan.

Tengok muka pun dah cukup menimbulkan kegerunan di kalangan penyerang lawan ketika berhadapan dengan mereka.

Duo bek tengah, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic ini memiliki kemampuan bertahan dan keupayaan teknikal serta taktikal yang sangat baik di atas padang.

Menurut Darrent Bent, Vidic dan Ferdinand memiliki karakter yang sangat tegas dan garang di atas padang.

Mereka sangat vokal dengan pemain lain dan juga sesama mereka.

Vidic dan Ferdinand seringkali memarahi dan menengking antara satu sama lain apabila salah seorang melakukan kesilapan.

Bukan itu sahaja, Edwin Van der Sar pun akan menjadi mangsa teriakan kedua dua mereka jika terleka. Mana ada pemain lain yang berani berbuat begitu dengan Van der Sar kan?

Namun bagi Vidic dan Ferdinand, tiada siapa pun boleh dilayan double standard di atas padang. Kerana mereka tahu semua pemain berjuang untuk pasukan.

Bent berkata: “Apa yang saya suka tentang kedua dua mereka, perkara yang orang tak begitu tengok sangat, adalah bagaimana mereka boleh membentuk gandingan dengan satu sama lain.”

“Malah mereka berdua pernah menengking Van Der Sar.”

“Kalau korang di tempat mereka, melihat Van der Sar melakukan kesilapan, paling paling pun kau akan kata; ‘Jangan risau, tak apalah’.”

“Selain itu mereka berdua pun saling menengking, dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain.”

Namun Vidic dan Ferdinand sangat rapat dan membentuk keserasian yang luar biasa di atas padang. Tiada isu koyak dan sebagainya.

Begitu juga dengan pemain lain, mereka tahu Vidic dan Ferdinand memiliki karakter yang kuat, tidak mahu pemain lain terleka.

Korang bayangkan kalau diorang ni satu team dengan Lingard dan Pereira yang asyik hilang bola. Boleh pekak dua orang budak tu.

Agak sukar untuk Man Utd mencari gandingan seperti ini lagi pada masa ini. Gandingan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Vidic lebih kepada ball winning center back yang sanggup hulur kepala untuk blok rembatan lawan.

Ferdinand pula pemain yang tipikal ball playing Center Back yang sangat tenang. Dan pada masa yang sama sangat bagus secara fizikal.

Itulah karakter seorang bek tengah yang vokal di atas padang. Bak kata orang, apa yang berlaku di atas padang tu habis di atas padang. Itulah bola sepak sebenar.

Baca yang lain