Vietnam Benam Indonesia, Hang-Seo Tidak Perlu Kemas Beg Lagi

Vietnam meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menundukan Indonesia 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum, pagi tadi.

Kemenangan ini meletakan Vietnam menerajui carta kumpulan G dengan kutipan 14 mata, meninggalkan Emeriah Arab Bersatu (UAE) di tempat ke-2.

Meskipun menguasai 70% permainan di babak pertama, Vietnam gagal menjaringakan sebarang gol.

Indonesia mempamerkan permainan bertahan dan hanya melakukan serangan balas pantas berjaya mengekalkan kedudukan 0-0.

Bersambung babak ke-2, Vietnam meningkatkan serangan dan menjaringkan gol pembukaan selepas 6 minit permainan melalui Nguyen Tien Linh.

Jaringan itu berpunca dari hantaran panjang Nguyen Hong Duy mencari Nguyen Tien Lihn, penyerang ini berjaya memecah blok pertahanan yang dikawal oleh Rizky Ramadhani dan Arif Satriya.

Rembatan pertamanya diahadang oleh Satriya. Lien Tien melakukan rembatan ke-2 hasil lantunan bola tersebut yang terus meleret ke penjuru gawang.

Selepas itu Vietnam hanya memerlukan 10 minit bagi menggandakan jaringan melalui pemain sensasinya, Nguyen Quang Hai ketika pertahanan Indonesia semakin kelam kabut.

Quang Hai melakukan teknik luar biasa apabila pemain Indonesia memberi banyak ruang untuknya melakukan rembatan dari jarak 25 meter.

Vietnam terus menunjukkan taring melalui jaringan ke-3, 5 minit selepas jaringan ke-2.

Berpunca dari sepakan sudut giliran pemain gantian Nguyen Chong Phuang meletakkan namanya sebagai penjaring gol.

Bermula dengan sepakan sudut tandukan rakan sepasukannya singgah tepat ke pehanya dan Chong Phuang tidak mensia-siakan perluang tersebut.

Peluang terbaik Indonesia hadir pada minit ke-70, Egy Maulana melakukan percubaan jarak 25 meter yang menewaskan Bui Tan Truong. Malangnya palang menjadi penyelamat.

Vietnam melengkapkan kemenangan 4-0 apabila percubaan melengkung dari pemain pertahanan Vu Van Thanh minit ke-74 menerjah jaring.

Skuad Indonesia kali ini yang mempunyai purata umur 23 tahun gagal memberi saingan. Vietnam menguasai lebih 70% permainan dan melakukan 8 percubaan tepat berbading Indonesia hanya 1.

Kemenangan ini juga memanjangkan rekod tanpa kalah jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo. Sebelum ini Hang-Seo tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan rantau Asia Tenggara (14 perlawanan).

Statistik: Belum Ada Pasukan Dari Asia Tenggara Lain Berjaya Tumbangkan Park Hang-Seo

Pada perlawanan seterusnya Vietnam akan bertemu Malaysia dan pesaing terdekat UAE akan bertemu Indonesia. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada perlawanan terakhir perngkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Vietnam (4) Bui Tan Truong; Do Duy Manh, Que Ngoc Hai, Bui Tien Dung, Vu Van Thanh; Nguyen Phong Hong Duy, Nguyen Tuan Anh; Nguyen Van Toan, Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh.

Indonesia (0) Nadio Arga Winata; Arif Satriya, Rizky Ramadhani, Rachmat Irianto, Asnawi Bahar; Syahrian Abimayu, Yakob Sayuri: Pratama Rifai, Evan Dimas, Kushedya Yudo

Baca yang lain