Vietnam Goyang Kerana Mat Don

Setiausaha Agung VFF, Le Hoai Anh menyatakan bahawa federasi bola sepak mereka memantau rapat beberapa siri naturalisasi di Malaysia.

Dan antara yang terbaru pastinya Liridon Krasniqi yang boleh menyarung jersi Harimau Malaya.

Liridon merupakan pemain tengah box to box yang sudah lama berehat kerana isu kecederaan.

Namun sebelum itu beliau menjadi tunjang kekuatan pasukan Kedah dalam beberapa musim yang memberangsangkan.

Liridon aka Mat Don kini menyarung jersi Harimau Selatan. Sudah melakukan beberapa kemunculan sebelum liga digantung sementara.

Selain itu, beberapa pemain kacukan Malaysia juga menyatakan kesediaan mereka untuk beraksi bersama Malaysia.

Skuad Naga Emas bakal bertandang ke gelanggang keramat Harimau Malaya pada Oktober ini bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

VFF kini sedang dalam rangka persiapan rapi bagi berhadapan tugas yang mereka anggap getir itu.

VFF juga dilaporkan sedang berusaha membawa masuk penjaga gol kacukan Vietnam – Republik Czech untuk memperkuatkan benteng mereka.

Dan kini masih dalam proses dokumentasi.

Pengendali pasukan Vietnam, Park Hang-seo turut mengakui Harimau Malaya sebagai lawan yang kuat dalam saingan Kumpulan G.

Beliau berkata: “Mereka lawan yang kuat dan mereka akan beraksi di gelanggang sendiri. Jika kami boleh menang, peluang untuk layak ke peringkat seterusnya lebih cerah,” katanya lagi.

Malaysia ketika ini hanya diperkuatkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi. Dan Liridon boleh mengikut jejak pemain itu kelak.

Beberapa pemain kacukan seperti Corbin Ong, Matthew Davies dan Natxo Insa kesemuanya sudah ada kaps dengan pasukan kebangsaan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di