Vietnam Sangat Relaks Dan Tak Ada Tekanan Lawan Indonesia

Pemain Vietnam, Nguyen Van Truong menegaskan bahawa dia dan rakan rakannya langsung tida merasai sebarang tekanan menjelang aksi menentang Indonesia esok.

Van Truong juga dengan yakinnya menganggap aksi menentang Indonesia adalah wajib menang, tidak ada keputusan lain yang diterima selain kemenangan.

Ini memandangkan Indonesia dianggap lawan paling lemah dalam kumpulan D.

Van Truong menyatakan: “Sudah pasti itu aksi wajib menang.”

Selepas kekalahan 2-4 menentang Jepun pada 14 Januari, Van Truong mendedahkan bahawa pasukan mereka terus kembali ke latihan pada keesokan harinya.

Di mana pemain pemain memulihkan semula kecergasan. Dia berkata, pasukan Vietnam langsung tiada tekanan.

“Seluruh pasukan bersenang senang dan mentaliti kami sangat relaks. Kami juga tidak menonton sebarang video analisis pasukan lawan kami.”

“Kami bergantung kepada pengalaman pada aksi pertama kami dan pada masa yang sama mempersiapkan diri dengan sebaiknya untuk menentang Indonesia.”

“Coach Philippe Troussier sangat bangga dengan persembahan kami menentang pasukan berkelas dunia di Asia iaitu Jepun.

“Tetapi kami sedar, kami harus fokus kepada setiap perlawanan, selagi lagi bola tidak disepak, maka kami tidak dapat meramalkan apa apa.”

Vietnam memiliki kelebihan rehat sehari kerana Indonesia turun menentang Iraq pada 15 Januari.

Van Truong menyatakan bahawa para pemain menonton aksi Indonesia di tv. Sementara beberapa staf kejurulatihan pergi ke stadium untuk menyaksikan Indonesia menentang Iraq. Di mana Indonesia kalah 1-3.

Van Truong juga yakin bahawa mereka sudah mengenali lawan mereka Indonesia sebagaimana sebaliknya. Kerana kedua dua pasukan banyak beraksi menentang satu sama lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Van Truong menambah: “Sudah tentunya ini kami wajib menang ke atas Indonesia untuk mengekalkan peluang kami untuk mara.”

Sumber: Vietnam VN