Vietnam Terima Ganjaran RM178,000 Selepas Tewaskan Indonesia

Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo memberi amaran kepada para pemainnya supaya tidak terlalu selesa selepas menewaskan Indonesia 4-0 pada perlawanan ke-6 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam Isnin lepas.

Pengendali dari Korea Selatan itu mengatakan walaupun kemenangan itu meletakan pasukan di kedudukan teratas kumpulan G namun belum masa untuk pemain meraikannya.

“Saya sangat gembira dapat mengalahkan Indonesia atas usaha keras mereka (pemain). Pada babak kedua pemain saya bermain dengan fokus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain saya, tetapi kita masih mempunyai 2 perlawanan dan kami perlu menang sekurang-kurang 1 perlawanan.

“Kami tidak terbuai dengan kemenangna itu, sebaliknya kami akan terus berkerja keras untuk mendapatkan 3 mata pada perlawanan seterusnya menentang Malaysia.” kata Hang-Seo dalam sidang media selepas perlawanan lawan Indonesia

“Pada perlawanan sebelumnya, pasukan Vietnam kebanyakkannya bermain dengan formasi 343 tetapi dalam perlawanan ini kami mengubah kepada 352.

“Pada separuh masa kedua saya mengarahkan pemain menyerang dari sisi berbanding di tengah dan melakukan percubaan dari jarak jauh. Mereka melakukan dengan baik dan meraih kemenangan.

Vietnam Benam Indonesia, Hang-Seo Tidak Perlu Kemas Beg Lagi

Mengulas mengenai gol kontroversi dari penyerang, Nguyen Tien Linh pada minit ke-51, Hang-Seo mengatakan ia dalah perkara biasa dalam bola sepak. Pemain Indonesia membantah keputusan pengadil yang tidak mengesan bola terkena tangan pemain itu.

Hang-Seo berkata gaya permainan Indonesia agak kasar tetapi tidak mahu membuat sebarang bantahan ketika perlawanan berlangsung.

“Kita bersedia untuk perlawanan seterusnya, pasukan Vietnam akan menterjemahkan strategi yang telah direncakan.

“Kami sentiasa mahu menterjemahkan yang terbaik dari apa yang kami lakukan dalam latihan. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang pasukan lawan.

“Saya fikir Linh merupakan penyerang terbaik di Vietnam. Tetapi tidak hanya Linh, barisan kejurulatihan sentiasa memberi bantuan untuk pemain lain bersinar.

“Saya percaya pada perlawanan seterusnya Linh akan terus menunjukkan kemampuannya.”

Vietnam Benam Indonesia, Hang-Seo Tidak Perlu Kemas Beg Lagi

Sementara itu jurulatih Indonesia, Shin Tae-Yong kecewa dengan keputusan pengadil membenarkan jaringan pertama Vietnam.

Tae-Yong yang pernah melatih pasukan Korea Selatan di Piala Dunia berkata dia tidak pernah melihat permainan berubah dengan begitu cepat.

Tae-Yong juga berkata pengadil perlawanan telah menyumbang kepada perubahan pantas itu apabila tidak melihat bola terkena tangan Tien Linh sebelum pemain itu menjaringkan gol.

Tae-Yong kecewa apabila pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti ketika pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pengadil telah mengubah rentak permainan Indonesia dan merencatkan pelan permainan yang telah dirancang.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Indonesia menerima 6 kad kuning termasuk Tae-Yong sendiri kerana membantah keputusan pengadil namun menegaskan dia tidak mengarahkan para pemainnya bermain kasar.

Kejayaan Vietnam menewaskan Indonesia mendapat perhatian dari pihak pemerintah negara itu. Presiden, Nguyen Xuan Phuc telah mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan barisan pelatih melalui panggilan telefon.

Phuc juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) kerana mempersiapkan pasukan negaranya dengan baik.

Pihak VFF telah berbesar hati memberi ganjaran tunai berjumlah VND1 billion atau RM178 ribu diatas kemenangan tersebut.

Baca yang lain