Viktor Axelsen Kisah Big Man Ocassions Dalam Arena Badminton

Viktor Axelsen merupakan pemain badminton no.1 di Denmark pada ketika ini dan baru sahaja menjadi juara Olimpik. Beliau lahir pada 4 Januari 1994 di Odense, Denmark — hasil perkahwinan Henrik Axelsen dan Gitte Axelsen.

Ayahnya merupakan ejen pengiklanan kecil kecilan di Odense. Selepas anaknya mennadi profesional, Henrik telah menjadi pengurus sepenuh masa kepada Viktor Axelsen. Ibunya pula menguruskan perniagaan kosmetik dan pakaian.

Viktor Axelsen telah mewakili negaranya sejak 2009. Pernah menjadi pemain no.1 dunia pada 2017. Ketika ini beliau berada di ranking kedua dunia.

Kehidupan sederhana dan cinta kepada badminton

Viktor diperkenalkan kepada bulu tangkis pada usia 6 tahun oleh ayahnya, Henrik. Dia bergabung dengan kelab badminton Odense, di mana dia mendapat latihan profesional dan serius mengikuti sukan ini.

Pada usia 8 tahun, dia mula bermain badminton secara kompetitif. Pada tahun 2004, dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik oleh kelab badminton tersebut.

Pada usia 16 tahun, Viktor menyertai pasukan kebangsaan senior dan mewakili Denmark dalam beberapa kejohanan antarabangsa senior. Viktor kemudian bertunang dengan rakan sepasukan Natalia Koch Rohde dan mereka mempunyai anak yang dilahirkan bersama pada tahun 2020.

Hidup berkeluarga telah banyak membantunya menjadi lebih berdisiplin. Kerana beliau tidak banyak berpeleseran di luar ketika tidak ada pertandingan. Lebih banyak di rumah dan tidur awal.

Menempa kegemilangan

Karier Viktor Axelsen menjadi perhatian di negaranya pada pada tahun 2006 setelah memenangi gelaran Badminton Junior Nasional dalam acara perseorangan dan beregu.

Pada tahun 2009, dia memenangi gelaran junior antarabangsa pertama dengan mengalahkan German Junior, diikuti dengan pingat Emas dalam Kejohanan Badminton U-17 Eropah di Medvode, Slovenia.

Pada tahun yang sama, dia memulakan debutnya di kejohanan antarabangsa seniornya di Terbuka Denmark.

Pada tahun 2010, Viktor memenangi gelaran siri Cabaran Antarabangsa pertamanya di Cyprus International. Pada tahun berikutnya, dia dinobatkan sebagai Juara Eropah Junior dan pingat Gangsa dalam Beregu Campuran di Kejohanan Badminton Eropah di Vantaa, Finland.

Viktor Axelson, bersama pasukan lelaki Denmark, telah memenangi 5 gelaran berturut-turut pada tahun 2012, 2014,2016, 2018, dan 2018 di Kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki Eropah. Menjadikan mereka terus dominan di rantau Eropah.

Pada tahun 2013, Viktor dengan pasukan campuran Denmarknya memenangi pingat Gangsa di Piala Sudirman di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia juga telah memenangi 4 gelaran berturut-turut (2015, 2017, 2019, dan 2021) dan Perak (2013) di Kejohanan Badminton Pasukan Campuran Eropah.

Pencapaian besar

Pencapaian utama pertama Viktor Axelsen adalah pada tahun 2010 ketika dia memenangi gelaran perseorangan di Kejuaraan Junior Dunia di Guadalajara, Mexico, dan menjadi pemain badminton Eropah pertama yang melakukannya.

Pada tahun 2011, dia tidak dapat mempertahankan gelaran Kejuaraan Junior Dunia ketika dia menjadi naib juara di Taiwan.

Pada tahun 2012, Viktor mara ke final Superseries pertama di Terbuka Perancis, di mana dia kalah dari pemain Malaysia, Liew Daren Miew. Kemudian, dia terus bermain 5 final Superseries sebelum memenangi gelaran juara Superseries perdana di Final World Superseries Dubai pada tahun 2016.

Viktor telah memenangi dua pingat Gangsa (2012 dan 2018) dan pingat Emas (2016) dengan pasukan lelaki Denmark di Piala Thomas.

Pada tahun 2014, Viktor berjaya merangkul gelaran Emas Grand Prix pertamanya di Terbuka Swiss dengan mengalahkan pemain China, Tian Houwei. Pada tahun itu, pada bulan Ogos, dia memenangi pingat Gangsa di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark. Pada tahun berikutnya, dia mara ke final Superseries pertama di sirkit India Open di New Delhi.

Menewaskan Lin Dan 2 kali untuk 2 kejohanan besar

Pada 2016, Viktor Axelsen bertanding dalam Olimpik sulungnya di Olimpik Rio dan memenangi pingat Gangsa dengan mengalahkan pemenang Pingat Emas Olimpik 2 kali, Lin Dan.

Nama Axelsen terus meningkat naik dalam menjadi pencabar dari Eropah kepada jaguh jaguh dari Asia yang lain. Beliau seorang pemain yang konsisten dan dianggap big man ocassion.

Dia dinobatkan sebagai Juara Eropah dua kali pada 2016 dan 2018 di Kejohanan Badminton Eropah. Pada tahun 2017, pada bulan Ogos, dia muncul sebagai Juara Dunia di Kejohanan Badminton Dunia dengan mengalahkan Juara Dunia 5 kali Lin Dan dan menjadi pemain Denmark ke-5 yang memenangi gelaran Kejuaraan Dunia.

Pada tahun 2018, Viktor memenangi gelaran Jelajah Dunia pertama di Malaysia Masters dengan mengalahkan Kento Momota dari Jepun. Antara 2018 dan 2021, dia berjaya merangkul 8 gelaran Jelajah Dunia, termasuk Terbuka All England pada tahun 2020.

Pada tahun 2021, dia bertanding di All England Open sebagai juara bertahan dan mara ke final, di mana dia kalah dengan Lee Zii Jia dari Malaysia.

Viktor Axelsen layak ke Olimpik Tokyo 2021 dan diletakkan sebagai pilihan ketiga dalam Perseorangan Lelaki.

Mengalahkan Chen Long

Jika sebelum ini dia menewaskan Lin Dan dua kali untuk memenangi Kejuaraan Dunia dan All England. Dalam aksi final di Tokyo 2020, dia menewaskan seorang lagi legenda China, Chen Long.

Viktor Axelsen menjadi antara pemain yang berjaya melengkapkan kariernya dengan 3 kejuaraan paling besar iaitu Kejuaraan Dunia, All England dan Olimpik. Pemain yang pernah menewaskannya di pentas yang sama sebelum ini.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi