Villa 1 Liverpool 2: Liverpool Yang Tak Mengalah

Bangga, itulah aku nak cakap tentang team Jurgen Klopp punya semangat. Pasukan ini tidak pernah berputus asa, seperti mana sikap orang Pajam yang aku kenal.

Ini mungkin antara perlawanan paling sukar musim ini setakat ini.

Liverpool ketinggalan pada separuh masa pertama. Dengan pasukan lawan bermain dengan sangat baik dan menutup ruang setiap dimensi.

Sadio Mane membuatkan Villa Park meletus dengan diving oleh beliau. Kesian Henderson mendapat nama malu kerana Mane, selaku kapten.

Firmino menyamakan kedudukan namun tidak direstui oleh dewa VAR dan gol itu diharamkan dari tanah Villa.

Separuh masa kedua, Klopp melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan 1 mata dahulu. Kemasukan Alex Oxlade-Chamberlain, memberikan dinamik lebih baik.

Namun Villa berhak diberikan pujian. Bertahan dengan kental.

Sadio Mane macam biasa, bola senang dia selalu tak skor. Bila half chance dia buat gol.

Villa melakukan beberapa serangan balas cantik namun tak dapat gol kedua. Mereka tak mampu nak dapat gol kedua. Lovren wajar dipuji juga la. Dia kental tu sebab nampak Villa tebuk ruang belakang Arnold.

Datuk Seri Origi masuk apabila diperlukan. Beliau hampir menjaringkan gol.

Dan Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Andy Robertson. Satu deep cross daripada Mane. Keeper tak attack. Situasi sama dengan Mane sebelum ni tapi kena save. Itupun keeper dia sempat tepis. Kepala donga dia.

Dan pada minit akhir Liverpool mendapat sepakan percuma luar kotak penalti. Tak masuk, namun ia mencetuskan corner.

Arnold, no rush nak ambil corner sebab dia nak fokus kepada misi mereka untuk bawa pulang 3 mata. Sempat juga dia bersiul lagu blackpink –  namun tukar lirik sikit, let’s kill this game

Dan yes! Sadio Mane entah dari mane mane dia berjaya menyambar bola pada minit ke 4 masa kecederaan. Baki beberapa saat lagi tu. Dia melakukan flick header persis gol saya lakukan ketika Sukan MAKSAK menentang agensi dadah kebangsaan pada 2014 dahulu. 2014 tu sebelum 2015, dan selepas 2013.

https://twitter.com/i/status/1190673930823983105

Liverpool menang lagi dan kekal di atas meja.

Klopp kini sudah 28 perlawanan tak kalah dalam liga tau.

 

 

Baca yang lain