Villa Tamatkan Rekod Luar Biasa Bayern, Unai Emery Terus Menghantui Gergasi Jerman Itu

Aston Villa bukan sahaja mencipta kemenangan bersejarah dalam kelab mereka, malah berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Bayern Munich di pusingan sebelum kalah mati UCL.

Walaupun Bayern menguasai 70% daripada permainan, namun gol tunggal Jhon Drran sudah cukup untuk Villa meraih kemenangan 1-0 ke atas Bayern.

Duran yang masuk sebagai pemain gantian, telah melihat  Neuer keluar dari kawasannya kerana penjaga gol itu memang aktif untuk melakukan sweeping. Dan kali ini Duran dengan tenang melakukan lob.

Emi Martinez juga melakukan banyak saves yang luar biasa dalam menghadang Bayern daripada menjaringkan gol.

Bayern akhirnya menelan kekalahan pertama mereka dalam masa 7 tahun, pada peringkat kumpulan atau liga.

Rekod itu bersamaan dengan 41 perlawanan tanpa kalah di peringkat awal.

Putera Williams antara yang hadir menyaksikan kemenangan luar biasa Villa itu di halaman sendiri dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Aston Villa yang kembali semula ke pentas UCL, dengan kelab itu pernah menjuarai pertandingan elit itu sebanyak 2 kali dalam sejarah. Unai Emery terus memberikan impak luar biasa di kelab tersebut sejak mengambil alih.

Dia juga terus menjadi nemesis kepada Bayern Munich. Dia adalah pengurus terakhir menewaskan Bayern di peringkat kumpulan sebelum ini pada 2017. Dan kini dia sendiri menamatkan rekod tanpa kalah itu.

Tidak lupa juga, Unai Emery membantu Villarreal menyingkirkan Bayern di peringkat suku  akhir Liga Juara Juara Eropah pada 2021/22.