Villa Tewaskan Man City Dan Pintas Mereka

Manchester City menelan satu lagi kekalahan. Kali ini di tangan Aston Villa bimbingan Unai Emery dalam aksi yang berlangsung di Villa Park sebentar tadi.

Kekalahan ini juga bermaksud Man City hanya menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Rekod yang tidak mahu dikenang oleh peminat mereka.

Dan ia kekalahan ketiga berturut turut selepas mereka mengalami 6 kekalahan berturut turut sebelum seri dengan Feyenoord sebelum ini.

Ini juga merupakan rekod terburuk mereka sejak 18 tahun terakhir ini. Membuatkan impian mereka untuk mempertahankan kejuaraan semakin sukar.

Berdepan dengan Aston Villa, Man City kehilangan khidmat seorang lagi pemainn iaitu Ruben Dias.

Villa di hadapan pada minit ke-16 menerusi Jhon Duran. Bermula daripada fast break attack dari kawasan sendiri dengan garisan pertahanan tinggi Man City diatasi.

Villa juga hampir menambah gol kedua selepas itu namun ofsaid. Tetapi Villa tetap memastikan gol kedua milik mereka menerusi gol oleh McGinn minit ke-65.

Man City menghidupkan sisa perjuangan mereka untuk bangkit dengan gol pertama mereka pada minit ke-90+3 menerusi Phil Foden.

Tetapi Aston Villa memastikan mereka mendapat 3 mata penuh daripada perlawanan ini. Dan lebih menarik mereka memintas Man City di carta liga.

Man City selepas ini akan melayan kunjungan Everton sebelum bertandang ke Leicester untuk menentang anak anak buah Ruud Van Nistelrooy.