Villarreal Balas Usikan ‘Good Ebening’ Ozil

Troll Mesut Ozil ke atas bekas pengurus lamanya, Unai Emery nampaknya memakan diri. Ini selepas Unai Emery menunjukkan masterclass beliau sekali lagi dalam UEL.

Skuad Mikel Arteta hanya perlu menjaringkan 1 gol untuk mara ke final dalam aksi kedua berlangsung di Emirates. Namun mereka gagal melakukannya dan hanya seri tanpa jaringan. Bermakna Arsenal tersingkir dengan agregat 1-2.

Unai Emery mengendalikan Arsenal sebelum ini menggantikan Arsene Wenger. Pengurus Sepanyol itu menghadapi kesukaran ketika di Emirates. Beliau juga merupakan pengurus yang menyenaraikan Ozil sebagai pemain simpanan kerana menyatakan bahawa pemain itu tidak cukup bagus untuk taktikal high pressing.

Selain itu, Unai Emery kerap diusik oleh penyokong Arsenal sendiri dengan banter ‘good ebening’ kerana sebutan kelakar pengurus itu ketika cuba melontarkan good evening kepada wartawan.

Pada fasa akhir kariernya di Arsenal, Unai Emery mendapat tentangan daripada penyokong yang menganggap beliau tidak cukup bagus untuk Arsenal.

Unai Emery cuba menjual Mesut Ozil namun beliau berdepan dengan kesukaran kerana Ozil ketika itu enggan menerima pemotongan gaji di kelab lain.

Namun kali ini, Unai Emery berjaya membalas dendam atas apa yang berlaku kepadanya.

Sebelum sepak mula, Ozil memuat naik tweet berbunyi: “Good ebening Gunners! [emoji kenyit mata nakal], saya harap bekas rakan sepasukan saya akan mengubah keputusan perlawanan ini malam ini – ayuh! [emoji tangan kuat dan api api].”

Namun selepas Arsenal tersingkir, Twitter Villarreal tidak dapat menahan nafsu mereka daripada membalas balik troll Ozil itu dengan muat nati status: “Good Evening, Unai Emery masterclass.”

ataupun: “Semalam malam, kepakaran Unai Emery.”

Gambar diambil daripada gambar yang pernah menjadi meme di media sosial daripada satu siri masterclass oleh The Coach Vibes.

Mungkin Ozil tidak harus melupakan hakikat bahawa, peminat bola sepak juga ada meme khas untuk UEL yang disebut juga Unai Emery League.

Bayangkan dia mencatat kejuaraan hatrik dengan Sevilla dalam 3 musim straight sebelum ini. Mara ke final 4 kali sebelum menentang Arsenal. Sekarang sudah menjadi final kelima Unai Emery daripada 9 kali penglibatannya dalam UEL.

Unai Emery pernah memberikan pandangan beliau tentang ejekan yang diterimanya ketika melontarkan perkataan Good evening kepada The Guardian.

Unai ketika itu berkata: “Saya ada tahap kefasihan bahasa Inggeris yang baik, namun saya perlu meningkatkannya lagi.”

“Apabila keputusan teruk, ianya berbeza sama sekali. Dan kamu kekurangan linguistik yang lebih dalam lagi dalam bahasa Inggeris untuk mendalam.”

“Tentang good ebening, ok ianya adalah good evening, namun apabila saya sebut good ebening ketika menang, ianya akan jadi seronok. Tapi ketika kalah ianya akan menjadi sesuatu yang memalukan.”

Baca yang lain