Vinales Kutuk YZR-M1 2020 Sangat Teruk Nak Lawan Marquez, Dan Mahu Guna Motor Tahun 2016

Belum pun musim bermula, pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales sudah menunjukkan rasa kecewanya. Vinales menyatakan motosikal mereka yang ada sekarang akan bergelut untuk berdepan dengan Marc Marquez jika pelumba itu pulih.

Maverick Vinales sangat tak puas hati dengan motosikal yang dibangunkan Yamaha musim lalu iaitu YZR-M1 2020.

Sepanjang musim lalu, legenda Yamaha, Valentino Rossi mengetuai pelumba lain mengkritik prestasi motosikal mereka. Oleh kerana gagal memperbaiki beberapa masalah dengan segera, Yamaha gagal membantu Fabio Quartararo menjadi juara dunia. Sampai satu ketika pelumba itu mengamuk.

Dari empat pelumba Yamaha yang bertanding di MotoGP 2020, hanya Franco Morbidelli yang menggunakan motosikal M1 2019. Dan agak menarik apabila Franco Morbidelli menamatkan sainggan di kedudukan tertinggi di kalangan pemandu Yamaha.

Morbidelli mengejutkan ramai pihak apabila muncul sebagai naib juara MotoGP 2020 dengan 158 mata. Sementara itu, Vinales hanya dapat mengakhiri musim keenam dengan 132 mata.

Fabio Quartararo, berpendapat bahawa motosikal edisi 2019 lebih baik daripada versi 2020. Oleh itu, Quartararo mahu menggunakan YZR-M1 2019 berbanding dengan versi terbaru.

Namun, Vinales mempunyai pandangan yang berbeza. Menurut Vinales, YZR-M1 2019 tidak begitu jauh bezanya, bermasalah sama seperti YZR-M1 2020.

Ini kerana, pada musim 2019, mereka tidak berdaya menewaskan Marc Marquez dan Honda dengan motosikal tersebut. Lantas Vinales melabel versi tahun 2016 sebagai terbaik setakat ini.

Vinales lebih suka jika menggunakan YZR-M1 2016. Vinales menggunakan motosikal tersebut dan berjaya menang dalam dua siri pertama MotoGP 2017.

Namun pada 2017, Vinales bertukar kepada YZR-M1 2017 dan prestasinya terus merosot.

“M1 2019 tidak cukup kuat untuk mengalahkan Marquez. Motosikal tahun ini lebih baik jika ianya mempunyai cengkaman yang lebih bagsus. Mujur kami tidka menderita lebih teruk kerananya.”

“Saya mahu mereka memberikan saya versi M1 2016. Bagi saya, ini adalah yang terbaik untuk saya. Kami menggunakannya sebelum ini. Kesalahan bagi kami adalah mengganti motosikal itu.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan