Vini Minta Endrick Jangan Besar Kepala

Vinicius Jr ada nasihat murni kepada Endrick yang akan menyertai Real Madrid selepas ini. Pemain berusia 17 tahun itu menjadi fenomena sejak musim lalu kerana prestasinya cemerlang di Liga Brazil ketika dia masih berusia 16 tahun.

Minggu antarabangsa kali ini, Endrick menjaringkan gol kemenangan Brazil ke atas England. Pemain berusia 17 tahun itu masuk sebagai pemain gantian, dan tidak lama kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk Brazil dalam aksi menentang England.

Lebih menarik gol itu dijaringkan Endrick di gelanggang keramat Wembley pada aksi debutnya.

Menjadikan dia sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Brazil sejak 1994, di mana ketika itu Ronaldo mencetak gol menentang Iceland pada usia 17 tahun, 7 bulan dan 12 hari.

Endrick pula mencetak gol pada usianya 17 tahun, 8 bulan dan 2 hari.

Vinicius Jr merupakan pemain yang ditandatangani Real Madrid dengan polisi yang sama. Di mana Real Madrid membayar harga tinggi untuk membayar potensi pemain tersebut.

Kini Vini Jr menjadi antara pemain terbaik di dunia. Menjadi pemain penting Real Madrid. Dan dia pastinya tahu apa yang harus dilakukan oleh Endrick untuk mencapai potensi terbaik di Eropah.

Menurut Vinicius, perkara paling penting adalah hormat dan dengar kata kata pemain pemain lebih senior. Dia berharap Endrick tidak besar kepala apabila tiba di Real Madrid kelak. Kerana sikap merendah diri serta menghormati pemain  lebih senior ternyata membantunya untuk membangun dan menjadi bintang.

Vini berkata: “Kuncinya adalah, mendengar kata kata pemain yang lebih tua di dalam bilik persalinan. Saya harap Endrick akan buat benda yang sama. Dia pemain berkelas dunia dan orang yang hebat.

“Saya jangkakan dia akan berevolusi dan membangun sekali lagi apabila dia tiba di Real Madrid dia sedia untuk memberikan impak.”

Sebelum ini Endrick menyatakan bahawa dia sudah tak sabar untuk merasai pengalaman bermain di Eropah. Sambil menyatakan dia tak risau dengan godaan kelab malam, kerana dia bukan seorang yang suka minum arak.

, Endrick Felipe secara terbuka menyatakan kebenciannya kepada kelab malam dan parti. Oleh sebab itu dia tidak risau dengan kehidupannya di Sepanyol kelak.

Dan dia menggariskan strateginya untuk mengelakkan masalah ketika dia dalam proses ke Real Madrid musim hadapan.

Bercakap kepada TNT, penyerang ke Madrid itu berkata seperti yang dipetik oleh Fabrizio Romano: “Saya benci pergi ke parti dan kelab malam. Saya tidak suka terlibat dalam kontroversi.”

Endrick seterusnya menggariskan komitmennya untuk mengekalkan imej awam yang positif, menekankan keazamannya untuk mengelakkan sebarang publisiti negatif sepanjang berada di ibu negara Sepanyol itu kelak.

“Saya tidak suka melakukan sesuatu yang boleh mengotorkan imej saya.  Fokus saya ketika ini adalah pada masa depan saya sebagai seorang atlet, tidak ada yang lain,” tegas Endrick yang sudah sedia membuat debut untuk skuad senior Brazil.

Peminat gembira mendengar apa yang dikatakan oleh Endrick. Ini kerana bakat bakat dari Brazil biasanya tidak boleh lari daripada pesta dan kelab malam.

Terutama yang menikmati kegemilangan di eropah pada usia muda.

Ada juga yang mengusik: “Adakah dia ni betul betul orang Brazil?” — Kata mereka ketika mendengar Endrick mengeluarkan kenyataan itu.

Baca yang lain