Buat pertama kalinya, mahkamah Sepanyol penyokong yang bersikap rasis untuk dipenjara. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 8 bulan kepada 3 penyokong Valencia yang didapati bersalah mendera Vinicius Jr secara perkauman pada Mei 2023.
Mereka juga digantung selama 2 tahun daripada menghadiri perlawanan bola sepak di mana mana stadium di Sepanyol.
Dalam insiden pada Mei tahun lalu itu, Vinicius Jr menerima penderaan secara verbal berbaur perkauman di Mestalla. Ketika itu Valencia menang 1-0 ke atas Real Madrid.
Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan kerana serangan yang teruk diterima pemain itu. Dengan Carlo Ancelotti membidas isu perkauman yang semakin teruk terutama sekali melibatkan Vinicius Jr.
Vinicius turut meminta pihak berkuasa Sepanyol segera mengambil tindakan kerana ada footage dan gambar yang jelas menunjukkan penyokong yang rasis ini.
Polis kemudian melancarkan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat. Pada Isnin, 3 penyokong dijatuhi hukuman di bawah akta jenayah berkaitan integriti moral, serta akta berkaitan dengan kelakuan bermotifkan diskriminasi melampau di bawah artikel 173.1 akta Jenayah Sepanyol.
Hukuman asal adalah penjara 12 bulan, namun mahkamah mengurangkan 4 bulan memandangkan kesemua tertuduh menerima hukuman tersebut atas dasar bertanggungjawab di atas kesalahan mereka.
Hukuman penggantungan 3 tahun daripada acara di stadium juga dikurangkan menjadi 2 tahun atas alasan yang sama. Dan mereka harus membayar kos guaman.
Respon Vini Jr.
Juara eropah 2024 itu menyambut baik tindakan mahkamah Sepanyol itu. Dan ianya bukan kemenangan untuk dia seorang sahaja, tetapi kemenangan untuk golongan kulit hitam yang seringkali menjadi mangsa perkauman.
Menerusi X dia menulis: “Ramai orang suruh saya pekakkan telinga sahaja, perjuangan saya hanya sia sia. Dan saya disuruh untuk fokus kepada bermain bola sepak sahaja.
“Macam yang saya selalu cakat, saya bukan mangsa rasisme tetapi saya adalah penghukum rasisme. Ini adalah kes jenayah pertama di dalam sejarah Sepanyol berkaitan perkauman. Ini bukan kemenangan untuk saya. Ini adalah kemenangan untuk orang kulit hitam.
“Biarkan puak rasis yang lain merasa takut, malu dan bersembunyi di sebalik bayang sendiri. Saya akan mencabar mereka munculkan diri. Terima kasih La Liga dan Real Madrid kerana membantu saya dalam tindakan mengecam yang bersejarah ini. Akan lebih banyak menyusul selepas ini.”
Muitos pediram para que eu ignorasse, outros tantos disseram que minha luta era em vão e que eu deveria apenas "jogar futebol".
Mas, como sempre disse, não sou vítima de racismo. Eu sou algoz de racistas. Essa primeira condenação penal da história da Espanha não é por mim. É por… https://t.co/NdezpJBjF2
— Vini Jr. (@vinijr) June 10, 2024
La Liga turut berpuas hati dan memuji kebijaksanaan pengadilan kali ini. Dan ianya akan menjadi pengajaran kepada semua orang.
Tebas berkata: “Pengadilan ini adalah berita baik berkaitan dengan usaha menentang perkauman di Sepanyol. Ianya adalah mesej jelas daripada mereka yang tak sepatutnya menjadi mangsa, kepada semua orang yang datang ke stadium bola sepak untuk melakukan penderaan verbal. LaLiga akan mengenalpasti mereka, melaporkan kepada pihak berkuasa dan dakwaan jenayah dibuat ke atas mereka.
“Saya faham ramai tak berpuas hati dengan tempoh masa yang lama diambil untuk membuat keputusan pengadilan ini. Namun ini juga bukti bahawa Sepanyol adalah negara yang menjamin integriti dalam keadilan. La Liga benar benar menghormati keadilan yang ditegakan dan sekali lagi menyeru agar badan berkuasa di Sepanyol terlibat bersama La Liga, agar kami ada kuasa untuk mempercepatkan lagi proses melawan perkauman.
Real Madrid juga berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan bertekad akan terus memerangi perkauman.
Vini Jr sebelum ini pernah memberikan pandangan sama ada serangan rasisme diterimanya itu akan membuatkan dia meninggalkan La Liga.
Dia berkata: “Saya tak akan pergi hanya kerana seangan rasisme ini. Itu hanya akan memberikan mereka kemenangan.”