Koke dan Vinicius Jr sekali lagi terlibat dalam pertikaman lidah dalam aksi antara Real Madrid dan Atletico. Dan pertikaman lidah antara Vinicius dan Marcos Llorente adalah lebih panas. Di mana Vinicius menghina pencapaian pemain itu yang tidak layak bermain untuk Real Madrid.
Real Madrid seri 1-1 dengan Atletico dalam derbi Madrid yang panas. Di mana Diego Simeone dan pemain Atletico terpaksa memujuk Ultras Atletico agar tidak melakukan provokasi melampau terutama sekali ke atas Vini Jr.
Eder Militao meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit ke-64. Atletico menyamakan kedudukan menerusk Angel Correa pada lewat masa kecederaan sebelum tamat.
Insiden Marcos Llorente dan Vinicius menjadi salah satu detik yang panas dalam perlawanan ini.
Vinicius meluru ke arah pengadil keempat perlawanan mendakwa dia dikasari. Marcos Llorente pula menyatakan bahawa bentesan ke atas Vinicius adalah bersih. Dan meminta pemain itu berhenti merengek.
Tindakan Marcos Llorente itu membuatkan Vini menjadi bengang. Lalu Vinicius menghina Marcos Llorente dengan berkata: “Kamu kalah 2 final UCL. Aku pula menang 2 final UCL. Aku dah ada 2 UCL. Kamu kosong.
“Dah tentulah, kamu kalah sebab kamu pemain yang teruk. Sebab itu saya bermain di sini dengan Real Madrid [sebab aku bagus]. Kamu tak layak bercakap dengan saya [tuju ka Llorente]. Sebab itu kamu ada di sini [di Atletico]. Sebab kamu layak bermain di sini sahaja.”
Vinicius was explaining why they didn't get the penalty and llorente is just walking away from him 😂 pic.twitter.com/0270Yy2YCl
— Barça Chiefpriest (@Barca_priest) September 30, 2024
Sebagai rekod, sebelum ini Marcos Llorente merupakan pemain akademi Real Madrid. Namun dia telah dilepaskan kelab itu yang memilih bakat muda Federico Valverde sebagai bakat yang dianggap lebih baik.
Marcos Llorente kemudian menyertai seteru sebandar Real Madrid iaitu Atletico Madrid.
Vinicius kini salah seorang pemain terbaik di dunia. Dan dianggap calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.