Vinicius Menangis & Bengang, Satu Stadium Mestalla Panggil Dia Monyet

Vinicius Jr sekali lagi menjadi mangsa perkauman di Sepanyol.

Kali ini dalam aksi menentang Valencia, penyokong Valencia bersorak dengan memanggil pemain itu monyet ataupun disebut Mono di Sepanyol.

Vini Jr terlibat insiden panas di atas padang. Membuatkan peminat di Mestalla mengejeknya dengan serangan rasis.

Lebih teruk, dia dibuang padang kerana kad merah. Selepas didapati mengasari pemain lawan dengan serangan fizikal.

Namun ramai merasakan, Vinicius berhak mendapat kad merah, tetapi pemain Valencia yang mengunci lehernya dari belakang.

Vinicius sempat membalas provokasi yang dia terima sepanjang perlawanan dengan mendoakan agar Valencia tersingkir ke divisyen 2. Membuatkan pemain Valencia bengang dan menyerangnya.

Ini bukanlah insiden pertama pemain itu diserang secara rasis.

Membuatkan dia menangis apabila ada seksyen penyokong menyumpahnya agar dia cepat mati.

Dia turut menujukkan kepada pengadil penyokong yang rasis itu.

Carlo Ancelotti turut kecewa dengan insiden itu dan menyatakan bahawa, perlawanan seharusnya dihentikan serta merta jika ada serangan rasis yang terang terangan seperti itu.

Ancelotti berkata: “Vinicius dah tak ada hati meneruskan perlawanan dan saya berkata, dia tepat. Saya beritahu pengadil untuk hentikan perlawanan.”

“La Liga ada masalah besar. Di mana satu stadium memanggilnya monyet. Bukan seorang.”

“Perlawanan ini harus dihentikan.”

Vinicius kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi di IG beliau. Mengecam La Liga dengan menujukan kenyataan tegas kepada Javier Tebas.

“Ini bukan kali pertama, atau kedua, atau ketiga. Rasisme sudah menjadi normal di La Liga. Pertandingan ini memikirkan ia perkara biasa. Persatuan pun anggap benda serupa dan lawan menambahkannya.”

“Saya minta maaf, kejuaraan yang pernah dimiliki Ronaldinho, Ronaldo, Cristiano dan Messi, pada hari ini sudah menjadi miliki golongan rasis.”

“Negara yang cantik, yang mengalu alukan kedatangan saya dan negara yang saya sayangi, dan ia menjadi negara yang menyokong untuk mengeksport imej rasis kepada dunia.”

“Orang Sepanyol mungkin tak akan setuju dengan saya, namun pada hari ini, di Brazil, negara Sepanyol sudah dikenali sebagai negara yang rasis.”

“Dan malangnya, selepas apa yang berlaku setiap minggu, saya tak mampu mempertahankan negara ini, saya setuju.”

“Namun saya seorang yang kuat dan akan melawan rasisme sehingga ke akhirnya. Walaupun saya jauh dari negara ini.”

Ramai peminat La Liga sendiri kecewa dengan apa yang berlaku. Dan ada juga peminat yang membandingkan layanan diterima Vini Jr di Sepanyol dengan di negara lain.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di