Bintang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Junior menyatakan dia sudah muak dengan rasisme yang dia terima di Sepanyol.
Pemain itu meluahkan di Instagram peribadinya selepas menerima ejekan berbaur perkauman yang didengarinya di beberapa stadium ketika aksi La Liga Sepanyol.
Selepas kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas tuan rumah Real Valladolid, Vinicius menghantar mesej di akaunnya berhubung situasi itu.
“Orang rasis masih dibenarkan berada di stadium untuk menonton kelab terbaik di dunia secara dekat dan La Liga terus tidak melakukan apa-apa.”
“Saya akan terus mengangkat kepala sambil meraikan kemenangan saya dan Real Madrid, akhir sekali, saya pula yang salah,” tulis Vinicius.
Vinicius berkata begitu, kerana sebelum ini ada sahaja pihak yang akan cuba menuduh bahawa mangsa perkauman itu sendiri yang menjadi punca mereka diejek dengan kata kata rasis.
Misalnya sebelum ini, Vinicius menerima ejekan perkauman kerana dia menari meraikan gol. Ada pemain profesional menyatakan bahawa Vinicius yang salah kerana menari nari seperti itu dan membuatkan orang menyampah. Koke dari Atletico ketika itu memberikan amaran agar Vinicius jangan menari meraikan golnya dalam aksi derbi Madrid.
Koke “there will be trouble if Vinicius dances at the Wanda Metropolitano” Vinicius danced, Rodrygo danced, Real Madrid danced. Trouble for who KOKE? Atletico? 😭😭😭 pic.twitter.com/vgQMPQOEdZ
— M 🇫🇷 (@madridfooty_) September 18, 2022
Dalam insiden terbaru, Vinicius menerima layanan yang tidak menyenangkan apabila dia dikeluarkan semasa perlawanan menentang Valladolid. Dia hampir terkena objek yang dibaling dari tempat duduk penyokong.
Selain itu, dalam beberapa video yang diambil daripada peminat di tempat penonton, penghinaan yang dilemparkan kepada Vinicius kedengaran kuat dan jelas.
Pemain itu yang tidak dapat menahan rasa marahnya dilemparkan dengan cacian telah menyepak botol dan memberikan isyarat dia bengang.
Lo de este país con Vinicius que cojones es? Me parece vergonzoso pic.twitter.com/haQS13OEYa
— Danik (@DanikRM_) December 30, 2022
Tingkah laku perkauman dan kata kata kesat dilemparkan kepadanya membuatkan Vinicius benar benar marah dan kecewa.
Ini bukanlah kali pertama kejadian serupa menimpa pemain kulit hitam di La Liga, yang menurut Vinicius tidak mengambil langkah lebih tegas.