Jika korang sedang meroyan tentang kemenangan Lionel Messi, mungkin kita harus lebih tenang seperti Virgil Van Dijk.
Van Dijk dengan jantannya mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi dan sudah menyatakan perkara sama beberapa bulan lalu, di mana beliau menganggap Messi adalah calon pemenang.
Tidak setakat itu, Van Dijk turut menganggap Messi dan Ronaldo sebagai pemain luar biasa.
Semalam selepas tamat majlis, VVD mengulangi perkara yang sama: “Kenapa saya nak berbohong tentangnya? Messi selayaknya menang. Ballon d’Or hari ini sudah bersuara. Kita harus menghormatinya.”
“Itu adalah yang keenam untuk beliau.”
https://twitter.com/i/status/1201615492596797442
“Namun sebagai pemain Liverpool kami bangga kerana ramai antara kami yang tercalon.”
2016
• Lionel Messi (2nd)
• Luis Suárez (4th)
• Neymar (5th)2019
• Virgil van Dijk (2nd)
• Sadio Mané (4th)
• Mohamed Salah (5th)For the first time since MSN, three players from the same club make the top five. #BallondOr pic.twitter.com/lAxMtu8Tjb
— Squawka Football (@Squawka) December 2, 2019
Bukan sahaja VVD, malah sebelum ini Andy Robertson dan Trent Alexander Arnold turut meletakkan nama Messi sebagai calon utama untuk menang.
Van Dijk awalnya bergurau ketika ditanya apa pandangan beliau apabila salah seorang pesaing iaitu Cristiano Ronaldo, tidak hadir ke majlis.
VVD membalas: “Dia [Ronaldo] dikira pesaing ke?”
Kenyataan itu kemudian ditembak oleh Piers Morgan yang hanya mengambil kenyataan sekerat.
Lalu dia merendahkan Van Dijk, mengangggap pemain itu tidak setaraf Ronaldo.
Van Dijk tak bagi peluang lalu disuruhnya Piers Morgan untuk menonton temuramah itu sampai habis.
Hi Piers, If you don’t jump on the social media bandwagon and would listen to the whole interview then you would know I made a joke, and only got respect for those 2 😀
— Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) December 2, 2019
Van Dijk dalam temuramahnya menyatakan beliau tidak mahu Ronaldo diletakkan sebagai pesaing beliau. Kerana pemain itu adalah pesaing pemain hebat Lionel Messi.
Van Dijk turut memberikan penghormatan beliau ke atas 2 legenda hidup iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan menganggap perseteruan 2 pemain itu sebagai bukan biasa-biasa (unnatural).
Van Dijk meminta semua orang untuk menghargai perkara yang digelar agung dalam bola sepak.
Van Dijk gembira dengan prestasi terbaik beliau musim lalu membantu Liverpool dan negaranya.
🗣️ — Van Dijk: "I had a great season, but sometimes you come up against players like him [Messi], who are a bit unnatural. Six Ballon d'Ors, you gotta respect greatness." pic.twitter.com/zPELP64SSl
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 2, 2019
Van Dijk berharap dapat meneruskan rentak cemerlang itu pada musim ini.
Pada awal musim ini Van Dijk sudah menewaskan Messi dalam persaingan Anugerah UEFA.
Namun selepas itu, Van Dijk tewas di tangan Messi dalam 2 anugerah perdana iaitu FIFA Best dan Ballon d’Or.
Bagus Van Dijk. Anugerah individu ini merujuk kepada prestasi individu. Supaya lepas ini akan lebih ramai sedar akan perkara ini. Walaupun Messi tak menang UCL tetapi beliau tetap mencatatkan statistik luar biasa pada musim lalu.
Itulah sebabnya kenapa kita sebelum kita kerap berkata, Mo Salah dan VVD adalah selayaknya pemenang Anugerah PFA sebelum ini walaupun Liverpool tak menang EPL.
Sebab itu Gerrard, Bale semua tu pernah menag anugerah sama walaupun tak menang EPL.
Tahniah Messi. Kamu hebat ibarat Andik Vermansyah.
Ok, bolehlah korang buat benda lain termasuk membawang pasal isu isu semasa yang berlegar di sekitar anda.