Virgil Van Dijk Menjadi Pemain Bek Tengah Pertama Yang Diberikan FIFA Ultimate Team Rating 99

Virgil Van Dijk terus menjadi tunjang kepada pasukan kelab beliau iaitu Liverpool dan juga negaranta Belanda.

Van Dijk yang pernah memecahkan rekod perpindahan dunia, kini sedang menikmati musim yang baik di Anfield.

Beliau adalah tipikal ‘ballon d’or’ punya type of player ketika ini. Maksud aku kat sini, dia adalah pesaing untuk mana-mana anugerah terbaik.

Terbaru, Virgil Van Dijk telah menjadi pemain bola sepak pertama, di posisi bek tengah, dengan rating 99 diberikan oleh EA Sport dalam permainan FIFA 20 Ultimate Team (FUT).

Beliau juga telah diundi oleh peminat dan gamers di seluruh dunia untuk berada dalam kesebelasan tahunan FUT. Ini yang membuatkan rating beliau naik sebegitu rupa.

Berdasarkan statistik asas FUT oleh VVD, beliau memiliki 99 defence, 98 physical, 92 passing, 90 dribbling, 88 pace dan 80 shooting. Memang sedap korang pakai ni.

Bagi kesebelasan terbaik tahunan FUT, pertama kalinya ia melibatkan undian penyokong. Ini termasuk VVD,  Alisson, Trent Alexander Arnold, Matthijs De Ligt, Andrew Robertson, Frenkie De Jong, Sadio Mane, Kevin De Bruyne, N’golo Kante, Kylian Mbappe dan juga Lionel Messi.

Gaya permainan Van Dijk adalah berasaskan game reading. Beliau juga bijak dalam merencana hantaran bahaya daripada zon belakang.

Van Dijk musim lalu dinobatkan sebagai pemain terbaik Uefa. Beliau juga berada di tangga kedua untuk FIFA Best Award, serta Ballon d’or.

Baca yang lain