Dalam bola sepak, banyak kisah perpindahan pintu belakang, merujuk kepada usaha mendapatkan pemain dengan cara yang tidak adil.
Di Brazil, satu kejadian gila berlaku di sana melibatkan Pedrinho.
Pedrinho merupakan pemain muda berbakat besar. Dan dia sudah diumumkan sebagai pemain Athletico secara rasmi sebagai pemain ejen bebas.
Di sebalik pengumuman itu berlaku ketidakpuasan hati di kem Vitoria yang tidak menerima sesen pun daripada perpindahan itu.
Ya memang korang akan tanya, kenapa Vitoria nak duit untuk pemain yang ejen bebas?
Sebenarnya, ada kisah memanipulasi kontrak berlaku di antara Athletico dan Pedrinho.
Bakat dan kontroversi
Nama Pedrinho menjadi bualan ramai sejak dia membua debut kerana kemampuannya yang sangat luar biasa dengan skil yang tinggi.
Athletico sebelum ini sudah menghantar bidaan untuk Pedrinho, namun Vitoria tidak mahu melepaskan pemain itu terlalu awal kerana mereka mahukan pemain itu menunjukkan kebolehannya dahulu untuk mereka menjual dengan harga lebih besar.
Lá vem ela, a TRETA!
Athletico diz que não vai pagar ao Vitória por Pedrinho pois o lateral estava LIVRE no mercado.
Vale lembrar, tudo acontece em meio ao afastamento do presidente Paulo Carneiro, que foi diretor de futebol do CAP em 2015/16https://t.co/Q8NyhknXai pic.twitter.com/j8NHPmR0k1
— Juliano Lorenz Oscar (@fusketa) September 15, 2021
Satu perjanjian tidak rasmi dibuat di antara kedua dua kelab bahawa Vitoria akan menjual Pedrinho hanya ke Athletico.
Malangnya, Athletico menyatakan mereka tidak berminat untuk membeli pemain itu dan mengesahkan bahawa mereka tidak akan membida pemain itu.
Menurut perjanjian, Athletico mahu membeli pemain itu selepas tamat musim ini, ketika kontrak pemain itu menuju ke tahun akhir.
Vitoria berdepan dengan situasi di mana kontrak Pedrinho menuju ke penghujungnya. Kontrak semasa Pedrinho masih ada sehingga 2024.
Kemudian Pedrinho meminta penamatan kontra pra matang. Dan berlaku perbalahan antara kelab dan wakil pemain itu. Salah satu alasan yang digunakan oleh pihak Pedrinho adalah, kelab tidak menepati janji untuk menjual pemain itu ke Athletico.
Vitoria dalam keadaan serba tak kena sebab mereka bukan tak nak jual, tetapi Athletico yang tak nak membeli sekarang ni.
Akhirnya pemain itu terpaksa dilepaskan sebagai ejen bebas.
Lebih dramatik, selepas pemain itu berstatus ejen bebas, Atheltico kemudian menandatangani pemain itu secara percuma.
Vitoria tuduh Athletico main kotor
Vitoria bengang dan menuduh Athletico senjaga tidak mahu membayar yuran perpindahan untuk pemain itu dan cuba bermain dengan taktik kotor.
Menurut Vitoria, Athletico sebelum ini bersetuju mahu membayar sekitar R$ 8.5 juta (USD1.62 juta) secara ansuran. Bayaran pendahuluan adalah sekitar R$ 3 juta (USD570k) sepatutnya dibayar bulan ini. Dan selebihnya akan dibayar secara ansuran.
Vitoria mahu membawa kes ini ke mahkamah, kerana pemain itu menamatkan kontraknya semata mata mahu menyertai Athletico secara percuma. Ini kemungkinan besar akan membuatkan pemain menerima bonus tandatangan kontrak yang tinggi.
Athletico mempertahankan tindakan mereka dengan mengakui bahawa memang ada kesepakatan melibatkan Pedrinho. Namun itu bukan kesepakatan rasmi ataupun sekadar verbal. Bahasa kita, janji air liur.
Strange transfer in Brazil: Vitória and Athletico agreed a deal for Pedrinho. Vitória was sure that the transfer would happen & released the player, later Athletico pull out of the deal, but they realized that the player had already been released & then signed him for free. pic.twitter.com/xcAnKN1dIl
— Football Talk (@Football_TaIk) September 17, 2021
Berkenaan dengan tuduhan Athletico mempengaruhi Pedrinho, dan dikecam kerana sebelum ini tidak mahu membeli pemain itu, Athletico menjelaskan bahawa mereka menarik diri kerana tidak setuju dengan harga yang tinggi.
Namun apabila pemain itu boleh ditandatangani secara percuma, maka mereka berminat dan mengemukakan tawaran.
Moralnya di sini adalah, jangan percaya dengan kesepakatan tidak rasmi.