Volskwagen Sedang Menghasilkan Robot Yang Mencari Dan Mengecas Kereta Elektrik Korang

Bagi mereka yang menggunakan kereta elektrik, nak cari port pengecas kereta di parking memang payah bukan?

Ia sudah menjadi satu masalah yang sangat biasa bagi mereka yang menggunakan kereta elektrik.

Rungutan sudah banyak diterima oleh pengurusan parkir kereta di seluruh dunia. Terutama sekali di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Masalah tersebut mungkin akan dapat diselesaikan selepas ini. Hal ini kerana, Volskwagen sedang mengusahakan satu inovasi pintar untuk korang.

Di mana Volskwagen akan menghantar pengecas datang kepada kereta elektrik korang semua.

Saya tak apa la, pakai kereta biasa je.

Minggu lalu, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan pembuatan robot pengecas kereta yang berteknologi tinggi.

Proses pengecasan yang tidak memerlukan bantuan manusia ataupun dibantu sepenuhnya.

Di mana robot tersebut akan mencari kereta korang dan pergi ke arahnya. Bila dah jumpa, robot tadi akan mengecas kereta korang ketika korang sedang membeli belah.

Robot tersebut akan terhubung dan berkomunikasi dengan kereta bagi membolehkan soket flap terbuka dan mengecas kereta tersebut tanpa memerlukan manusia.

Robot pengecas kereta ini akan dilengakapi kamera, pengimbas laser dan sensor ultrasonic yang membolehkannya bergerak ke mana sahaja dengan lancar.

Robot akan mengecas kereta sehinggalah ianya penuh sebelum pergi ke kereta yang lain.

Robot ini dibekalkan dengan, bateri ataupun kotak kuasa / power bank yang sangat besar sekitar 25Wh yang boleh digunakan oleh sebuah kereta.

Selepas selesai mengecas satu kereta, robot ini akan kembali semula ke stesen dan mendapatkan bateri yang baharu untuk mengecas kereta yang lain pula.

Volskwagen menyatakan, akan ada lebih daripada satu robot diperlukan di satu kawasan tempat letak kereta.

Mark Moller, Ketua Bahagian Pembangunan Kumpulan Volskwagen berkata: “Dengan ini, kita akan membolehkan semua kereta elektrik yang parkir tiada masalah lagi.”

Namun begitu, Volskwagen masih dalam proses awal dan mencari konsep yang sesuai untuk robot tersebut.

Masih belum ada tarikh pelancaran daripada mereka. Malah, Volskwagen masih dalam proses untuk menyiapkan prototaip.

Amacam power tak idea ni?

Baca yang lain