Sebelum ini Puma melancarkan jersi ketiga untuk beberapa pasukan dengan tema “rewrite the rules” ataupun mencipta norma baharu dalam penghasilan jersi bola sepak.
Ianya mendapat kritikan daripada ramai pihak kerana konsepnya yang ala streetwear dianggap tidak sesuai langsung untuk sebuah pasukan bola sepak.
Kira maca baju kau tempah kat shopee tu boleh customized sendiri apa bentuk kau nak. Lebih kurang macam tu la. Ataupun baju khas t-shirt kelas cuma tinggal sumbat semua nama satu kelas kat belakang tu dengan nama guru kelas jangan lupa.
Dalam rekaan Puma kali ini, logo pasukan digantikan dengan nama pasukan yang ditulis di atas logo penaja, dan di bawah logo Puma.
Puma mengumumkan jersi khas kepada 10 pasukan yang bekerjasama dengan mereka dalam penghasilan jersi. Pasukan tersebut adalah Manchester City (England), Borussia Monchengladbach (Jerman), AC Milan (Itali), Valencia (Sepanyol), Marseille (Perancis), Stade Rennais (Perancis), PSV Eindhoven (Perancis), Fenerbahce (Turki), Shakhtar Donetsk (Ukraine) dan FC Krasnodar (Rusia).
Peminat dan juga beberapa pundit ternyata tidak begitu tertarik dengan jersi tersebut.
🔵 @ManCity pic.twitter.com/lkWdcxbDKy
— PUMA Football (@pumafootball) August 18, 2021
Ada yang menganggap jersi ini seperti baju yang dijual di lorong lorong di Turki dengan harga EUR10 dan kemudian boleh kurang sampai EUR2.50 selepas tawar menawar dengan penjual baju akan cuba sehingga 53 kali menyakinkan kamu bahawa ianya barag ori.
These new Puma 3rd kits look like something you‘d see on vacation in Turkey for €10 and negotiate down to €2.50 while the seller assures you for the 53rd time that it‘s original pic.twitter.com/GTyBltGENu
— Fiago (@fiago7) August 18, 2021
Seorang lagi netizen menganggap jersi ini seperti baju yang ditempah oleh pelajar sekolah di atas talian.
nah bro puma MISSED with the third kits😭
this was probably someone’s online school design project and it was due the next day😭✋🏾 https://t.co/EUu6QWZllf
— proud somnyama stan (@yourboyndu) August 18, 2021
Kontroversi jersi ini kemudian melarat ke atas padang. Ini apabila pemain Fenerbahce, Muhammed Gumuskaya tercari cari di mana logo pasukan ketika dia cuba meraikan golnya dengan keraian mencium logo pasukan.
Dia yang baru terperasan bahawa sekarang ini jersi mereka sudah tak ada logo, hanya tersenyum dan memberikan reaksi, logo kat mana?
Saksikan di sini:
Fenerbahçe’s Muhammed Gumuskaya trying kissing the badge after scoring a Europa League winner against HJK Helsinki tonight. 😂#Fenerbahce @Fenerbahce_EN pic.twitter.com/QarGH8IrAM
— Sanny Rudravajhala (@SannyR1985) August 19, 2021
Gumuskaya akhirnya hanya mampu tersenyum.
Gumuskaya ada semua alasan untuk meraikan gol itu kerana ianya memang gol yang cantik.
20-year-old Fenerbahce midfielder Muhammad Gumuskaya scored a stunning goal against HJK Helsinki 👏🏼pic.twitter.com/rjC1Oj0trb
— AJ Kutlu (@ajkutlu_) August 19, 2021
Gumuskaya yang masuk menggantikan Mesut Ozil pada minit ke-62 berjaya membantu pasukannya menewaskan HJK Helsinki dengan gol pada minit ke-65.
Sebenarnya logo tu ada, tapi diletakkan di belakang jersi di bawah kolar. Tapi payah la nak cium logo tu kecuali buka jersi tu, masalahnya kena kad kuning pulak kan.
Di ruangan Twitter para peminat menganggap mereka baru sahaja tahu satu lagi masalah daripada jersi ini di mana ianya telah membunuh tradisi keraian mencium logo. Ini bukan mencipta rules baru tetapi membuang rules lama.
Seorang peminat menyatakan bahawa: “Saya memang dah terfikir benda ni dari semalam lagi, macamana pemain nak kiss the badge lepas ni?”