Wakil Peminat Jerman Desak Duta Qatar: ‘Hormati Kaum Songsang Atau Kamu [Qatar] Jangan Main Bola Sepak’

Seorang pejuang hak LG*T telah memberitahu seorang duta Qatar bahawa negara Arab itu harus mengubah pendirian dan persepsi mereka terhadap golongan sosngsang beberapa bulan dari permulaan Piala Dunia FIFA.

Pendirian tegas Qatar dalam beberapapa amalan sosial dan politik yang bertentangan dengan norma masyarakat dan agama, tetapi dianggap kebiasaan di Barat telah mendapat perhatian serius sejak beberapa bulan kebelakangan ini ketika negara Timur Tengah itu bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pada November.

Qatar sebelum ini sudah memberikan amaran bahawa pasangan sesama jenis dinasihati untuk tidak tinggal sebilik atau bercumbuan secara terbuka. Kerana risau masyarakat di negara itu akan bertindak agresif ke atas mereka.

Selain itu, polis Qatar ada hak untuk menahan mana mana individu yang melakukan hubungan sejenis dengan memenjarakan mereka sehingga 3 tahun serta dikenakan denda sangat berat.

Selain itu, undang-undang syariah menetapkan bahawa orang Islam yang terlibat dalam aktiviti hubungan sejenis berdepan dengan hukuman mati. Walaubagaimanapun, sehingga 2019,  tiada pesalah hubungan sejenis yang pernah menjalani hukuman mati di Qatar.

Beberapa hotel Qatar menolak pasangan sejenis menjelang Piala Dunia, ,membuatkan aktivis hak kebebasan amalan songsang bengang dan mendesak Qatar menyelesaikan perkara itu.

Dan hanya dua bulan sebelum permulaan kejohanan, seorang wakil kumpulan penyokong Jerman telah merayu secara langsung kepada duta Qatar ke Jerman, Abdulla bin Mohammed bin Saud Al Thani di sebuah forum di Frankfurt, meminta beliau untuk mewujudkan petisyen negaranya untuk menilai semula pendiriannya terhadap komuniti hubungan sejenis.

Dario Minden yang mengklaim dirinya sebagai wakil penyokong Jerman berkata: “Saya seorang lelaki dan saya suka lelaki,” kata Dario Minden ketika berdiri di hadapan Al Thani.

“Saya lakukan – tolong jangan terkejut – melakukan hubungan kelamin dengan lelaki lain. Ini adalah biasa. Jadi sila biasakan diri kamu dengan perkara seperti ini, atau jangan bermain bola sepak.”

“Kerana peraturan paling penting dalam bola sepak adalah bola sepak adalah untuk semua orang. Tidak kira anda les***n, jika anda gxy. Ia untuk semua orang. Untuk budak-budak. Untuk perempuan. Dan untuk semua orang di antaranya.”

Dia menyambung: “Maka hapuskan hukuman mati [terhadap pesalah hubungan sejenis]. Mansuhkan semua hukuman berkenaan identiti seksual dan jantina. Peraturan bahawa bola sepak adalah untuk semua orang adalah sangat penting. Kami tidak boleh membenarkan kamu memecahkannya, tidak kira betapa kayanya anda.

“Kamu adalah lebih daripada dialu-alukan untuk menyertai komuniti bola sepak antarabangsa dan juga, sudah tentu, untuk menjadi tuan rumah kejohanan besar. Tetapi dalam sukan, begitulah keadaannya. Kamu kena terima peraturan ini.”

Mejar Jeneral Abdulaziz Abdullah Al Ansari, yang merupakan pegawai kanan Qatar yang menyelia isu keselamatan untuk kejohanan itu, berkata baru-baru ini bahawa pasangan sejenis akan dialu-alukan untuk datang menyaksikan Piala Dunia – tetapi juga menyatakan bahawa mereka harus bijak untuk menyembunyikan orientasi seksualiti mereka kepada orang ramai. Misalnya jangan mempamerkan bendera pelangi, bagi mengelak potensi diserang oleh penduduk tempatan.

Selain itu, wakil peminat dari Eropah turut mengecam peraturan kawalan alkohol di Qatar. Di mana Qatar sudah mengeluarkan garis panduan bahawa tiada penjualan bir di dalam stadium.

Jika peminat mahu minum minuman keras, harus pergi ke tempat khas. Itu merupakan salah satu kelonggaran yang sudah diberikan Qatar. Tetapi masih ramai meminta agar Qatar menghapuskan terus larangan minum alkohol di dalam stadium.