Wartawan, Martyn Ziegler mendedahkan bahawa panel telah menetapkan bahawa hujung bulan Januari 2025 sebagai tarikh untuk pendengaran atau perbicaraan ke atas 115 pertuduhan Manchester City.
Sebelum ini Premier League membayangkan bahawa kes ini akan didengari di mahkamah pada sekitar Oktober – Disember 2024.
Namun begitu, kes ini sangat rumit kerana melibatkan terlalu banyak pertuduhan. Oleh sebab itu Premier League mengingatkan peminat EPL bahawa kes ini langsung tak sama dengan kesalahan Everton atau Nottingham Forest.
Sebelum ini ramai peminat menuduh Premier League sebagai pilih kasih kerana terus mengenakan tindakan kepada 2 kelab tersebut.
Menurut laporan Martyn Ziegler, segala dokumen pendakwaan sudah dipersiapkan. Dan pihak pendakwaan sudah menetapkan bahawa tarikh tersebut adalah pada akhir Januari 2025.
Menurut Ziegler: “Manchester City akan mengetahui nasib mereka, di atas pertuduhan pelbagai kesalahan pelanggaran peraturan Liga Perdana pada akhir bulan Januari.
“Namun pakar perundangan berpendapat bahawa kes ini akan berlarutan sehingga musim hadapan kerana proses rayuan.
“Pendengaran lebih 100 kesalahan berlaku dalam tempoh lebih 14 tahun akan berakhir pada Jumaat, 3 bulan selepas perdebatan di London’s International Dispute Resolution Centre.
“Malah pertuduhan asalnya melibatkan 115 pertuduhan kini meningkat kepada 130 pertuduhan. Namun kesilapan ini berlaku pada proses laporan oleh Premier League bukannya pertambahan pertuduhan yang serius.
Awal tahun ini Pep Guardiola berikrar akan terus bersama dengan kelabnya. Sekaligus membuat u turn daripada kenyataannya tahun lalu. Di mana tahun lalu Guardiola berkata: “Hari ini kelab ini disahkan melanggar peraturan, esok juga saya akan meninggalkan kelab ini.”
Kemudian Guardiola yakin kelabnya bersih dan berkata: “Saya minta maaf, saya sentiasa mempertahankan kelab saya. Terutama sekali pada era bola sepak moden ini.
“Sama seperti pihak lain yang, mereka bukannya nak kami tersingkir, namun mereka nak tengok kelab kami lenyap terus daripada muka bumi ini.”
Guardiola menegaskan jika kelab itu dituduh bersalah, itu akan menguatkan lagi sokongannya.
“Jika kelab ini didapati bersalah, saya akan terus kekal walaupun kami bermain di divisyen ketiga sekalipun,” tambah beliau.
🚨🚨| BREAKING: Manchester City are accused of breaking 130 Premier League rules over a 14-year period.
They might learn the outcome of the charges by late January, but legal experts believe any appeal will drag on until next season.
[@martynziegler] pic.twitter.com/9ufrfRSgjw
— CentreGoals. (@centregoals) December 9, 2024
Beberapa minggu lalu, Jose Mourinho menyindir Guardiola yang menurutnya menang 6 EPL dengan cara kotor.
“Saya dengar Guardiola ada berkata sesuatu tentang saya. Saya menang 3 EPL dengan cara jujur dan bersih. Bukannya menang 6 EPL dengan terpaksa berdepan 150 pertuduhan,” kata Mourinho yang lebih hiperbola tentang kesalahan City.
Guardiola kemudian membalas: “Kami kekal tidak bersalah selagi lagi tidak dibuktikan bersalah.”