Walaupun Ada Robbo, Riise Tetap Ibarat Cinta Pertama

Liverpool bukanlah pasukan yang sengkek sangat bakat fullback walaupun barai kat tempat lain.

Sekarang ni kita ada Robertson dan dulu kita ada pemain macam John Arne Riise di flank bawah sebelah kiri.

Macam aku cakap perenggan atas tu kalau nak sembang fullback ni macam nak sembang striker Liverpool dah. Finnan, Aurelio, Glen Johnson, Jose Enrique, semuanya antara yang bagus pada era Gerrard.

Cuma bezanya ada pemain kita tu macam Glenn Johnson tidak berada dalam better side seperti yang kita ada pada hari ini. Ala macam Torres dan Gerrard. Kalau mereka bermain dalam team sebaik Liverpool pada hari ini, aku yakin mereka lagi banyak kejayaan secara trofi.

Sebab tu aku respect ada pemain yang macam Gerrard, Reina, Kuyt dan banyak lagi yang setia bersama kita dalam suka dalam duka.

Memang dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja. Senda gurau suka dia silih berganti meninggalkan kesan abadi.

Ok sambung. Namun secara individu, kalau nak cari yang benar benar special tu yang memisahkan mereka dengan beberapa bakat besar ini tadi.

Kenapa Robertson ni kita anggap istimewa. Kau tengok harga dia berapa. Kau sendiri pun meluat dengan signing ni dulu kan.

Namun beliau membuktikan kualitinya sebagai progressive fullback. Pemain yang konsisten pada transisi. Ada ramai fullback yang boleh attack sekadar boleh attack. Tetapi produk akhir seperti kualiti hantaran tu barai.

Robertson ni berbeza. Beliau dan Trent Alexander-Arnold memang lahir untuk sistem Klopp.

Dulu pula kita ada John Arne Riise di sebelah kiri tu. Pemain offensive fullback yang muka bengis dan lasak. Beliau juga seorang goal creator yang bagus.

Apabila bercerita tentang Robbo kita sembang pasal delivery. Riise pula kita sembang pasal kelasakan dan juga kualiti penyudah. Sekali dia rembat berdesup kau tau tak.

Kualiti lain adalah bola mati dan juga kerajinan di atas padang. Long throw dia pun padu juga.

Beliau antara left back terbaik dalam generasinya. Bermain untuk generasi emas Monaco dan kemudian dihasut Gerard Houllier ke Anfield.

Riise menjadi pemain penting untuk kejuaraan UCL kelima Liverpool dulu. Bukan senang wei. Lawan AC Milan masa tu dah macam anak anak je Milan tengok Liverpool berkaptenkan pemuda bernama Gerrard.

Bukan macam final kita hari tu yang jelas kita pasukan pilihan.

Malangnya pada akhir karier di Liverpool beliau melakukan banyak kesilapan individu. Lebih kepada tekanan untuk beliau membuktikan dirinya masih terbaik di dalam pasukan.

Corak permainan beliau sebenarnya terlalu mengerah kudrat yang tinggi. Semakin berusia maka semakin sukar nak dia kekalkan peak dia.

Tapi aku sayangkan Riise ni sebab dia setia bersama Liverpool walaupun banyak mambang yang memerhatikannya.

Beliau antara pemain yang sentiasa komited untuk latihan pertama pra musim tanpa banyak songeh.

Style of play dia yang unik membuatkan Riise sentiasa menjadi salah seorang kesayangan di Anfield.

Walaupun kini cinta Anfield itu kepada Robbo tetapi Riise tetap ibarat kekasih pertama korang yang korang simpan gambar di tempat rahsia. Yang korang akan tetap kenang sampai bila bila.

Saya tak. Saya bukan lelaki curang macam tu. Itu contoh je la.

Riise antara sebab ramai antara kita mulai menghargai dan ada yang mahu menjadi left back. Sampai ada cetak jersi nama Riise.

Jom saksikan aksi John Arne Riise berpesalinan Liverpool menggoncang lawannya.

Bagi aku Riise adalah legenda.

Baca yang lain