“Walaupun Agak Bodoh Namun Saya Bangga Tinggalkan Honda Ke Yamaha”

Pelumba Monster Energy Yamaha Valentino Rossi menyatakan bahawa saat-saat paling membanggakan dalam kariernya di MotoGP bukanlah jumlah gelaran dunia atau jumlah kemenangan yang banyak.

Namun apa yang paling membanggakan adalah keberanian beliau meninggalkan Honda untuk menyertai Yamaha.

Rossi ketika itu sudah memiliki segalanya di Honda. Motosikal yang bagus dan juga pegawai terbaik.

Bercakap kepada Marca, Rossi menyatakan bahawa perkara yang paling dia banggakan dalam kariernya yang panjang di Grand Prix adalah keberanian untuk meninggalkan Honda yang ketika itu berada di prestasi cemerlang untuk pergi ke Yamaha, yang pada tahun 2004.

Di mana ketika itu Yamaha mengalami kemarau gelaran dunia sejak tahun 1992, tahun mereka memenangi GP500 dengan Wayne Rainey.

Rossi membuat debut di kelas tertinggi pada tahun 2000 dengan Nastro Azzurro Honda, dan berjaya menjadi naib juara sebelum menjadi juara dunia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, Rossi pindah ke Repsol Honda, dan berjaya sekali lagi, juga setahun selepas itu.

Prestasi ini memberikan Rossi kekuatan luar biasa, tetapi sebenarnya dia tidak selesa dengan Honda, yang menurutnya terasa hebat hanya kerana kualiti motornya, tanpa kualiti daripada para penunggang.

Beliau kemudian menerima tawaran dari Yamaha, yang hampir menarik diri dari MotoGP kerana terus gagal menang.

Keputusan Rossi untuk berpindah ke Yamaha dipersoalkan, dan bahkan ditertawakan oleh pesaingnya.

Rossi terus menang dalam siri pembukaan 2004, dan juga segera memenangi gelaran dunia. Secara keseluruhan, beliau memenangi empat gelaran bersama pasukan Biru.

“Ketika bersama Honda, saya mempunyai pasukan dan motosikal terbaik.”

“Dalam empat tahun, saya memenangi tiga gelaran dunia. Tetapi yang paling membanggakan saya adalah keberanian untuk menukar pasukan dan berpindah ke Yamaha,” kata juara dunia sembilan kali itu.

Pelumba berusia 41 tahun ini juga tidak menafikan bahawa itu adalah keputusan agak ‘bodoh’, tetapi beliau bangga dapat menghadapi cabaran besar untuk membantu Yamaha bangkit.

Pada akhirnya, Rossi kini telah menjadi ikon dan legenda hidup pengeluar dari Iwata, Jepun.

“Sudah tentu Yamaha sudah berada di level tertinggi, tetapi pada waktu itu, untuk berpindah dari Honda ke Yamaha, ia memerlukan keberanian, dan juga sedikit kebodohan.”

“Oleh itu, jika anda melihat kembali masa lalu atau karier saya, apa yang membuat saya paling bangga adalah menerima cabaran itu. , dan menang dengan motosikal lain, ” tambah Rossi lagi.

Sehingga 2020 di Brno, MotoGP Czech, Rossi telah membuat 246 permulaan, dan mengumpulkan 4 gelaran dunia, 142 podium, 56 kemenangan dan 3784 mata.

Musim hadapan Rossi akan berpindah pasukan sekali lagi. Namun masih kekal dengan Yamaha cuma bersama pasukan satelit. Bukan pasukan kilang.

Baca yang lain