Mason Greenwood berisiko untuk disisihkan atau dibekukan, malah mahu dijual oleh Roberto De Zerbi jika pemain itu gagal memahami kehendak pengurus tersebut.
Greenwood yang telah menjaringkan 15 gol Ligue 1 untuk Marseille musim ini tetapi mendapati dirinya berada di bangku simpanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas tidak mendapat sokongan di bawah pengurus Roberto De Zerbi.
Pengurus Marseille itu telah “jengkel” dengan sikap dan gaya permainan penyerangnya dan mendedahkan dia diketepikan ketika menentang Paris Saint-Germain kerana dia “tidak berada dalam keadaan fizikal yang sesuai untuk bermain”.
Greenwood dilaporkan ada masalah disiplin ketika berlatih atau ketika bermain yang tidak digemari De Zerbi. Pengurus itu akui dia penyerang yang bagus dari segi gol tetapi sikapnya yang sambil lewa membuatkan De Zerbi secara terbuka mengkritiknya.
Dia dianggap terlalu sambil lewa ketika berlatih ataupun ketika aksi sebenar. De Zerbi menuntut setiap pemain memberikan komitmen tertinggi ketika menyerang dan bertahan.
De Zerbi juga menuduh Greenwood “tidak melakukan secukupnya” atau tidak betul betul berusaha di Marseille, walaupun rekod jaringan golnya yang mengagumkan. Tetapi penyerang itu kini telah diberi amaran untuk mematuhi nasihat pengurusnya.
Wartawan RMC Sport, Florent Germain percaya bekas penyerang Manchester United itu harus mengubah disiplin serta gaya permaiannya atau dia berdepan dengan ditendang keluar dari kelab Perancis itu pada musim panas akan datang.
Greenwood juga diminta untuk memahami kehenda De Zerbi ketika di atas padang. Ini kerana setiap pemain harus bermain dengan taktikal yang dimahukan pengurus,
Marseille kembali beraksi selepas rehat antarabangsa menentang Reims dan ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada Greenwood kembali dalam kesebelasan utama.
Mason Greenwood 'could be AXED by Marseille this summer' after being dropped by Roberto De Zerbi for his 'lack of effort and nonchalant attitude' https://t.co/zUszagXDzD
— Mail Sport (@MailSport) March 19, 2025
Penyerang itu dilaporkan telah menarik minat daripada kelab termasuk Barcelona, bermakna dia mungkin tidak akan kekurangan tawaran jika dia meninggalkan Marseille pada musim panas.
Man United juga akan mendapat keuntungan daripada sebarang penjualan kerana Red Devils mempunyai klausa penjualan 50 peratus pada bekas penyerang mereka.
Ianya perkembangan yang mengejutkan kerana sebelum ini De Zerbi memuji melambung pemain itu ketika mulai tiba di Marseillle. Walaupun De Zerbi dikecam segelintir pihak kerana mahu mengambil pemain yang pernah dikaitkan dengan masalah keganasan domestik.
Tetapi pengurus itu berkata, Greenwood sudah melalui kesemua prosedur perundangan dan kes itu sudah ditarik balik. Sebagai pengurus bola sepak, dia hanya mahukan Greenwood menyerlah sebagai pemain.