Walaupun Barca Tengah Pokai, Xavi Berminat Dengan Bernardo Silva Dan Lewandowski

Xavi Hernandes dikatakan berminat dengan Bernardo Silva. Dia sudah memberitahu sendiri ejen pemain tersebut.

Xavi malah membayangkan bahawa dia mahu membawa masuk Bernardo Silva ke Barcelona.

Tetapi masalahnya sekarang, Barcelona berdepan dengan masalah ekonomi yang kritikal untuk mendaftarkan pemain baharu.

Fabrizio Romano menjelaskan: “Saya diberitahu bahawa nama penting yang disebut dalam pertemuan antara Xavi dan Jorgen Mendes semalam iala Bernardo Silva.”

“Di mana Xavi sangat meminati pemain itu.”

“Manchester City meletakkan tanda harga yang besar untuk Bernardo. Jadi, adalah mustahil untuk melihat perjanjian tersebut untuk Barca buat masa ini.”

“Kecuali, Frenkie De Jong dijual.”

Xavi yang sudah mendapatkan Ferran Torres dengan harga yang agak tinggi, dari Man City, dengan mengambil kira situasi kewangan Barca.

Ferran Torres masih gagal menyerlahkan potensi sebenar di Nou Camp.

Sebelum ini Xavi turut menyatakan bahawa dia meminati Robert Lewandowski. Dan pemain itu sudah memberitahu Bayern Munich bahawa dia mahu ke Barcelona untuk merasai cabaran baharu.

Robert Lewandowski berkata ada sesuatu telah mati dalam dirinya di Bayern Munich, ketika penyerang itu terus mendesak untuk pergi dan pergi ke Barcelona.

Pemain antarabangsa Poland itu, yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama juara Bundesliga itu, telah berulang kali membayangkan hasratnya untuk meninggalkan Allianz Arena sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun, tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pemain tersebut. Nampaknya, Lewandowski sangat berminat dengan perpindahan ke Camp Nou untuk langkah seterusnya dalam karier cemerlangnya.

Bagaimanapun, dia menghadapi pelbagai masalah, daripada keengganan Bayern untuk menjualnya kepada sama ada Barca mampu membayar yuran perpindahan serta mendaftarkannya kerana gajinya.

Lewandowski: Emosi saya dah mati di Bayern

Ini kekal sebagai penghalang utama untuk merealisasikan langkah perpindahan.

Bagaimanapun, Lewandowski terus menyatakan dia tidak akan berada di Bavaria musim depan, mengatakan dia mahu meneruskan cabaran baharu di tempat baharu.

“Saya mahu pergi kerana saya mahukan lebih emosi dalam hidup. Mereka tak mahu mendengar pandangan saya sampai ke sudah. Ada sesuatu yang telah mati dalam diri saya — dan ianya sangat mustahil untuk saya melupakannya begitu sahaja.”

“Walaupun kamu mahu bersikap profesional, kamu tak boleh berpura pura untuknya.”

“Kesungguhan, emosi, keinginan, kemahuan untuk memberikan segalanya yang kamu ada untuk mencapai tujuan itu?”

“Saya rasa ianya berada dalam landasan tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rakan rakan saya, yang saya luangkan masa bersama dengan mereka bertahun tahun lamanya. Ini adalah persahabatan sejati.”

Lewandowski menyatakan bahawa dia memberitahu Bayern awal awal dia mahu angkat kaki dan tak mahu menyambung kontrak baharu kerana berharap itu akan membantu kelab menjualnya segera daripada dia pergi secara percuma.

Pada masa yang sama dia meminta kelab mengenang jasanya selama 8 tahun bersama Bayern. Dia sentiasa sedia berjuang untuk kelab walaupun dalam kesakitan dan kecederaan sekalipun.

Lewandowski sangat berharap Bayern akan menerima tawaran Barca sahaja buat masa ini.

“Apabila kamu sudah berada di kelab ini bertahun tahun lamanya, kamu akan sentiasa bersedia untuk bermain walaupun dalam kecederaan dan kesakitan, kamu akan memberikan yang terbaik. Jadi, cara terbaik adalah untuk mencari penyelesaian untuk kedua dua belah pihak. Dan tidak hanya membuat keputusan atas dasar menguntungkan satu pihak sahaja.”

“Ini nampak tidak masuk akal selepas segala yang berlaku selama ini. Selepas berada di landasan kejayaan yang hebat seperti ini, serta peranan saya yang sentiasa bersedia dan menyokong pasukan, kesetiaan saya, dan rasa hormat saya kepada kelab, rasanya itu lebih penting daripada sekadar urusan perniagaan.”

“Pemain jenis apa yang mahu meninggalkan Bayern? Dan apabila mengetahui perkara seperti ini boleh berlaku kepada mereka? Di mana rasa hormat dan kesetiaan? Saya sentiasa bersedia berjuang, saya sudah bermain di sini 8 tahun yang indah, bertemu dengan insan insan hebat. Dan saya mahu kenangan ini kekal dalam diri saya selamanya.”

Walaupun kelab lain turut dikaitkan dengannya, laporan menunjukkan bahawa Barca akan menjadi satu-satunya destinasi Lewandowski mahukan jika dia meninggalkan Bayern.

Pemain berusia 33 tahun itu membayangkan perkara ini di tempat lain, sambil menambah: “Senarai kelab yang berminat dengan saya tidak begitu banyak.”

“Terdapat banyak perbincangan mengenai kelab tertentu. Saya tidak mempertimbangkan tawaran lain.”

Kesukaran Barcelona

Barcelona mungkin berdepan masalah untuk mendapatkan Lewandowski atau Bernardo Silva. Kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan mendaftarkan pemain pemain baharu sebelum akaun gaji pemain mereka diselaraskan sekali lagi.

Barcelona berdepan dengan beban hutang yang masih tinggi. Malah satu ketika mereka terpaksa mengambil inisiatif menyewakan Nou Camp untuk pasangan penganting yang mahu berkahwin di sana dengan harga mampu milik.

Laporta sudah melakukan banyak perkara untuk mengurangkan beban hutang Barcelona. Kemasukan penaja seperti Spotify memberikan tambahan dana. Namun masih tidak cukup.

Penandatanganan Ferran Torres dikatakan menjadi salah satu punca mereka berdepan masalah sekali lagi.

Kini Barcelona mahu menjual Frenkie De Jong dan memujuk pemain itu agar menerima perpindahan ke Old Trafford. Ini mungkin satu satunya harapan Barca untuk mendapatkan Lewandowski.

Sementara itu, Franck Kessie dan Andreas Christensen masih gagal didaftarkan.

Seterusnya jika perpindahannya ke Barca gagal direalisasikan Lewandowski tetap menyatakan bahawa dia tetap mahu meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil