Walaupun GD Lebih Bagus Dari PSG, Kenapa Man United Tersingkir? Ini Penjelasannya

Manchester United tewas di tangan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara Juara Eropah di Red Bull Arena.

Man United gagal untuk mencetak satu lagi kebangkitan di tempat lawan seperti yang kerap mereka lakukan sejak akhir akhir ini.

Leipzig mendapat dua gol pada separuh masa pertama dan satu gol pada separuh masa kedua.

United pula merapatkan jurang gol dan menghidupkan perlawanan dengan skor 3-2 menjelang 7 minit terakhir.

Tetapi gagal untuk mencipta satu lagi episod kebangkitan.

Agak ironi kerana pasukan yang mereka belasah 5-0 sebelum ini menyingkirkan mereka daripada persaingan.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer terikat secara mata dengan PSG.

Dan dari segi perbezaan jaringan, Man United ada +5. Manakala PSG cuma ada +3.

Dengan status perlawanan di antara PSG dan Istanbul Basaksehir yang digantung kerana pemain tak mahu meneruskan perlawanan kerana ada serangan rasis daripada pegawai keempat, ia tak menghalang PSG sudah sah mara.

Kenapa United tersingkir ke UEL walaupun aksi di Paris tak tamat lagi dan GD lebih besar?

Jadi kenapa Man United boleh tersingkir dan PSG terus mara mengiringi RB Leipzig? Aksi di Paris tak tamat lagi. Dan jika PSG kalah maka, kedua dua pasukan terikat 9 mata.

United dengan perbezaan jaringan jauh lebih baik pada ketika ini.

Jawapannya adalah, dalam UCL, perbezaan jaringan bukan penentu utama kepada dua pasukan yang terikat mata.

Namun berikut adalah aspek penentu kepada dua pasukan yang terikat mata berdasarkan keutamaan.

1. Mata daripada rekod pertemuan

2. Perbezaan jaringan daripada dua pertemuan (agregat)

3. Away goals antara dua pasukan terikat mata

4. Perbezaan jaringan daripada kesemua perlawanan peringkat kumpulan

Jika kesemua 4 perkara di atas masih terikat, maka kita bergerakΒ  ke nombor seterusnya:

5. Jaringan

6. Away goals

7. Jumlah kemenangan

8. Jumlah kemenangan di tempat lawan

9. Kad disiplin (merah – mata, kuning 1 mata)

10. UEFA club coefficient.

Situasi PSG dan Man United

Tiebreaker untuk PSG dan Man United adalah seperti berikut:

1. Mata daripada rekod pertemuan – Man United dan PSG masing masing dapat 3 mata

2. Perbezaan jaringan daripada dua pertemuan – Kita setel kat sini, PSG menang 4-3 secara agregat. Kerana Man United menang 2-1 perlawanan pertama dan PSG menang 3-1 perlawanan kedua.

United akan beraksi dalam saingan Liga Europa manakala RB Leipzig dan PSG akan mara ke pusingan kalah mati.

United pernah memenangi Europa League pada 2017 di bawah kendalian Jose Mourinho.

Adakah mereka akan mengulangi sekali lagi kejayaan tersebut pada musim ini?