Walaupun Hampir Bertumbuk Atas Padang, Jude Bellingham Tetap Steady Puji Martinez

Jude Bellingham terlibat dalam insiden panas dengan Lisandro Martinez ketika di atas padang.

Di mana Bellingham telah menerima bentesan keras daripada bek antarabangsa Argentina itu ketika aksi pra musim antara Real Madrid dan Man United.

Aksi antara Real Madrid dan Man United berakhir dengan kemenangan memihak gergasi Sepanyol itu dengan jaringan 2-0.

Bellingham membuka tirai jaringan pada minit ke-6 dan kemudian gol kedua Madrid dijaringkan Joselu pada minit ke-89.

Lisandro Martinez dilayangkan kad kuning kerana bentesan keras ke atas Belligham yang baru menyertai Real Madrid dengan perpindahan €100 juta.

Bellingham bangkit dan menolak Martinez sambil memberikan kata kata pedas dan kesat.

Ianya menarik perhatian ramai peminat. Kerana sebelum ini Lisandro Martinez turut dituduh terlalu beriya ketika aksi persahabatan menentang Arsenal ketika dia membentes Saka.

Jude Belligham turt menerima beberapa siri bentesan daripada pemain dari Argentina itu.

Sehinggakan pengadil terpaksa menenangkan keadaan.

Bellingham mengakui dia ada mencarut ke atas Martinez, namun dia segera menerangkan kepada wartawan bahawa ianya insiden biasa dan tak perlu diperbesar besarkan.

Tindakan wartawan tersebut yang dilihat cuba membangkitkan insiden tersebut selepas tamat perlawanan, kurang disenangi Bellingham.

Bellingham berkata: “Ada la tadi gaduh gaduh manja dengan Martinez, ianya benda biasa. Dia pemain yang hebat. Pada tamat separuh masa saya pun mencarut ‘f’ing itu dan f’ing ini’.”

“Namun ketika dia datang kepada saya ketika dia dikeluarkan, dia mengucapkan selamat maju jaya kepada saya, dan saya sangat hormat dengan tindakannya.”

“Saya tahu, apa yang berlaku di atas padang harus kekal di atas padang sahaja. Saya berjumpa dia selepas tamat perlawanan dan mendoakan dia yang terbaik.”

“Saya boleh hormati tindaka dua pemain yang cuba menang untuk pasukan mereka, dan masih boleh berjumpa dan saling menghormati selepas tamat perlawanan.”

“Dia seorang pesaing yang hebat dan pemain yang hebat. Sama seperti saya, dia seorang yang mahukan kemenangan.”

“Kekadang ianya agak melampaui batas. Namun ini sebahagian daripada bola sepak. Namun saya benar benar memberikan rasa hormat sepenuhnya kepada dia. Kita masih boleh menikmati momen selepas tamat perlawanan.