Walaupun Hatrik, Ketamakan Mbappe Buat Enrique Tak Gembira

Kylian Mbappe menjaringkan hatrik dalam aksi antara PSG menentang Reims. Di mana PSG menang 3-0 hasil kesemua gol oleh Mbappe.

Namun pengurusnya, Luis Enrique tidak gembira dengan gaya permainan Mbappe. Kerana menurutnya Mbappe terlalu tamak dalam perlawanan ini.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, bekas pengendali Sepanyol itu meminta agar selepas ini Mbappe lebih bermain sebagai pemain pasukan bukannya individu.

Enrique berkata: “Saya tidak begitu gembira dengan Kylian Mbappe harini. Hatrik? Tentang gol gol dia hari ini, saya tidak ada komen tentangnya.”

“Namun dia boleh membantu pasukan dengan lebih baik dengan cara yang berbeza. Dia seorang pemain berkelas dunia, dan kami mahukan lebih daripadanya.”

Enrique tidak mahu membincangkan secara lanjut tentang perkara itu. Dan menegaskan bahawa dia akan berjumpa dan bercakap dengan Mbappe secara tertutup selepas ini.

“Pertamanya, saya akan bercakap sendiri dengan dia, ianya secara tertutup.”

Di media sosial peminat menyatakan mereka terkejut dengan komen Enrique. Dan berharap Mbappe akan kekal matang menerima komen tersebut.

Seorang peminat PSG berkata: “Aduh, itu komen yang tak perlu kot.”

Seorang lagi menambah: “Enrique patut meraikan hatrik pemainnya berbanding mengkritik gaya permainannya.”

Namun ada juga peminat setuju dengan komen Enrique. Seorang berkata: “Ramai tak tengok perlawanan ini, Mbappe langsung tak nak passing kepada penyerang utama / no.9. Enrique benar benar ada telur menegurnya secara umum.”

Ada juga menganggap kenyataan Enrique itu harus dilihat dari sudut positif. “Sebenarnya jelas sekali Enrique mahu Mbappe terus meningkatkan potensinya dan terus menuntut lebih banyak,” tegas seorang peminat PSG.

Mbappe dan PSG sebelum ini dikejutkan oleh AC Milan dalam aksi keempat kumpulan F, Liga Juara Juara Eropah. Dan Mbappe ketika itu menyatakan bahawa mereka perlu bangkit segera dan cuba memenangi tangga teratas peringkat kumpulan.

Secara matematiknya, PSG mencari masalah mereka sendiri kerana telah mebuka persaingan seluas luasnya kepada semua pasukan dalam baki 2 perlawanan terakhir. Mereka akan melayan kunjungan Newcastle selepas ini dan kemudian berdepan Borussia Dortmund dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Seperti yang semua orang tahu, Nasser Al Khelaifi sentiasa mengutamakan UCL dalam senarai sasaran utamanya untuk kelab PSG.

Luis Enrique pernah memenanginya ketika menguruskan Barcelona. Dan dianggap calon terbaik untuk memimpin PSG ke puncak kejayaan UCL musim ini.