Walaupun Kalah McGregor Dapat Gaji $3.04 juta (RM12.3 Juta), Poirier Dapat $830k (RM3.4 Juta)

Conor McGregor menuai hasil lumayan dari ‘Fight Island’ dengan dilaporkan mendapat $3 juta, sementara Dustin Poirier meraih $830,000 untuk persembahannya yang luar biasa di UFC 257.

Wang yang dimenangi oleh Poirier itu termasuk sekali dengan bonus ‘Performance of the Night’ yang bernilai $50,000.

Poirier secara sensasi menewaskan McGregor dengan TKO pada pusingan kedua pertarungan acara utama mereka di UFC 257 hujung minggu lalu.

Walaupun tewas, petarung dari Ireland itu menerima gaji paling tinggi untuk acara PPV pertama tahun ini.

Selain ‘The Diamond’, tujuh lagi bintang UFC 257 yang lain memperoleh durian runtuh enam angka: Michael Chandler, Dan Hooker, Brad Tavares, Joanne Calderwood, Marina Rodriguez, Jessica Eye dan Antonio Carlos Junior.

Walaubagaimanapun, McGregor dan Poirier akan mendapat bayaran PPV selepas ini dalam masa terdekat. Kerana angka yang mereka terima sekarang adalah bayaran hadiah daripada penyertaan dan kemenangan.

Berikut adalah jumlah wang hadiah yang sudah dibayar kepada petarung setakat ini.

Conor McGregor: $ 3.04 juta (bonus penajaan $ 40,000)

Dustin Poirier: $ 830,000 (bonus ‘Performance of the Night’ $ 50,000, bonus tajaan $ 30,000)

Michael Chandler: $ 530,000 (bonus kemenangan $ 100,000, bonus ‘Performance of the Night’ $ 50,000, bonus tajaan $ 30,000)

Dan Hooker: $ 220,000 (bonus tajaan $ 20,000)

Brad Tavares: $ 205,000 (bonus kemenangan $ 100,000, bonus tajaan $ 5,000)

Joanna Calderwood: $ 175,000 (bonus kemenangan $ 85,000, bonus tajaan $ 5,000)

Marina Rodriguez: $ 175,000 (bonus kemenangan $ 60,000, bonus ‘Performance of the Night’ $ 50,000, bonus tajaan $ 5,000)

Jessica Eye: $ 160,000 (bonus tajaan $ 10,000)

Julianna Pena: $ 105,000 (bonus kemenangan $ 50,000, bonus tajaan $ 5,000)

Antonio Carlos Junior: $ 90,000 (bonus tajaan $ 5,000)

Makhmud Muradov: $ 81,500 (bonus kemenangan $ 14,000, bonus ‘Performance of the Night’ $ 50,000, bonus tajaan $ 3,500)

Sebagai tambahan, PPV pertarungan McGregor v Poirier II telah menjadi PPV kedua paling banyak terjual dalam sejarah.

Angka PPV ini masih belum ditutup lagi. Kerana prosesnya kadangkala makan berbulan lamanya.

Conor McGregor sudah menyatakan bahawa beliau berharap ada pertarungan trilogi di antara mereka.

Pertarungan pertama pada 2014 dimenangi oleh McGregor.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil