Pengurusan Liga Pro Saudi nampaknya perlu memikirkan cara untuk menarik minat penyokong menyaksikan liga mereka di stadium.
Selepas ramai bintang dibawa masuk ke negara itu, Liga Pro Saudi kini berdepan penurunan ketara jumlah kehadiran penyokong berbanding dengan beberapa bulan lalu.
Di mana ketika itu ramai peminat teruja mahu menyaksikan nama nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Neymar, Kante, Sadio Mane, Riyad Mahrez dan ramai lagi beraksi di atas padang.
Al Ittihad sebelum ini mencatatkan kehadiran penyokong seramai 29,000 orang ketika Fabinho melakukan debut bermain bersama bintang.
Di tempat lawan pasukan pasukan yang ada nama besar ini turut menjadi perhatian peminat lawan mereka.
Mungkin kelab kelab besar yang digelar Big 4 iaitu. Al Ittihad, Al Ahli, Al Nassr dan Al Hilal masih mengekalkan jumlah kehadiran yang baik. Kelab kelab lain pula bergelut untuk melakukannya.
Laporan oleh Sportcal menyebut secara keseluruhannya Liga Pro Saudi mencatatkan purata kehadiran 8,470 orang. Ada beberapa perlawanan di mana kurang 1,000 penyokong hadir.
Pada 22 Oktober lalu, aksi kelab dilatih Steven Gerrard Al-Ettifaq yang melayan kunjungan Al Riyadh, cuma disaksikan 696 orang penyokong sahaja. Semenetara itu cuma 523 penyokong hadir dalam aksi antaraAl-Hazm vsAl-Raed.
Berbalik kepada kelab besar di Arab Saudi tadi, Al Nassr yang ada nama besar seperti Ronaldo dan Sadio Mane berjaya menarik purata penyokong sebanyak 20,615 penyokong. Ia dianggap sangat tinggi di Arab Saudi walaupun angka itu terlalu kecil di liga Inggeris yang menyaksikan kelab Liga Satu mereka Derby County mencatatkan ourata 26,329.
Al Ettifaq yang bermain di stadium Putera Mohammed Bin Fahd Stadium, berkapasiti 35,000 telah hanya menerima purata kehadiran penyokong sebanyak 7,021 sahaja.
Laporan yang sama menyebut kehadiran penyokong di Arab Saudi telah meningkat 24% berbanding musim lalu. Namun ianya masih tak cukup untuk memberikan pulangan semula kepada pelaburan yang sangat tinggi dibuat kerajaan.
DAZN baru baru ini mengesahkan bahawa mereka mencapai kesepakatan untuk menayangkan Liga Pro Saudi di UK, Ireland, Jerman, Austria, Belgium, dan Kanada, sementara Fox Sports mendapat hak penyiaran di Amerika Syarikat.
Oleh sebab itu Liga Pro Saudi sudah melakukan banyak langkah untuk menarik lebih ramai peminat hadir ke stadium bagi memastikan suasana di stadium lebih menarik ketika mereka menayangkan liga mereka kepada dunia luar.
Terdapat juga pemain pemain yang pernah bermain di Liga Eropah mengakui terkesan dengan jumlah kehadiran penyokong yang rendah membuatkan mereka kurang bersemangat bermain.
Sebagai tambahan, Al Hilal bermain dalam aksi pembukaan musim ini di hadapan hampir 60,o00 penyokong. Dengan Al Nassr konsisten mencatatkan purata kehadiran sekitar 20,000. Ini membuktikan bahawa peminat peminat lebih berminat dengan pasukan yang ada superstar berbanding dengan sekadar menyokong pasukan itu semata mata.
Malah kehadiran bintang seperti CR7, Neymar, dan Karim Benzema masih sukar untuk menarik penyokong kelab lain ini ke stadium ketika mereka berkunjung.
Jadi, Liga Pro Saudi sedang mencari cara terbaik untuk memastikan peminat peminat mereka lebih ramai hadir. Namun harus diakui bahawa jurang yang besar pasukan big 4 dengan pasukan lain dari segi perbelanjaan juga memberikan kesan kepada perkara ini. Terdapat 11 pasukan mencatatkan rekod kehadiran purata di bawah 5,000 penyokong.
Baru baru ini aksi antara Al Wehda dan Al Okhdood sangat menyedihkan apabila cuma 575 penyokong sahaja hadir menyaksikan perlawanan itu.
Sebelum ini Abang Do yakin bahawa Liga Pro Saudi akan setaraf dengan beberapa liga utama di Eropah dan memintas kualiti liga seperti Liga Belanda.