Son Heung Min menerima kekalahan di tangan Jordan dengan hati terbuka. Kerana menurutnya, Jordan berhak menang setelah pasukan itu melalui kempen Piala Asia yang luar biasa kali ini.
Korea Selatan yang berada di ranking ke-23 dunia dikejutkan Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia dengan jaringan 2-0.
Jordan yang pertama kali mara ke separuh akhir Piala Asia, kini mara ke final sulung mereka.
Dua gol Jordan hasil jaringan Yazan Al Naimat dan Musa Al Taamari.
Selepas tamat perlawanan kapten Korea Selatan, Son Heung Min mengucapkan tahniah kepada Jordan. Sambil menyataka dia tidak ada sebarang rasa kesal untuk kempen kali ini. Kerana dia dan rakan rakannya sudah melakukan yang terbaik.
Son turut meminta maaf kepada peminat tegar Korea Selatan terutama sekali mereka yang terbang ke Doha menyokong skuad Korea Selatan. Son Heung Min menegaskan bahawa mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana melakukan beberapa kesilapan dan gagal menyempurnakan peluang yang mereka ada.
Son berkata: “Saya tak tahu apa yang saya nak cakap sebenarnya. Saya meminta maaf. Pemain sudah memberikan yang terbaik. Saya minta maaf sangat sangat kerana perlawanan berakhir seperti ini tanpa disengajakan.”
“Sangat kecewa dan sedih dengan keputusan pada hari ini. Tetapi, Jordan sedang menikmati perjalanan luar biasa dalam pertandinganm ini.
“Mereka berhak mendapatkannya. Mereka berjuang sehingga ke wisel penamat. Dan kami benar benar mengecewakan malam ini.”
Son Heung Min juga tidak menolak bahawa skuad Korea Selatan agak gugup dalam perlawanan ini. Namun dia memahaminya kerana mereka adalah skuad yang ramai pemain muda.
Dan dia yakin pengalaman ini akan berguna di masa hadapan untuk digunakan pemain pemain muda ini kelak.
Sambil menambah bahawa Jordan berhak mendapat pujian yang tinggi dalam pertandingan kali ini.
Son menambah: “Pujian yang besar saya tujukan buat Jordan. Dan selamat berjaya.”
“Saya tidak ada rasa kesal untuk yang berlalu, kerana jujurnya saya sudah memberikan yang terbaik.
“Ini adalah pertandingan yang sangat sukar dan sengit. Kualiti Piala Asia kini kian meningkat naik dan setiap perlawanan sentiasa sukar.
“Dan seperti yang saya katakan hari ini, ianya satu cabaran yang sukar sekali lagi, jadi… ya… saya akan kembali semula ke kelab dan bersedia untuk menempuhi baki musim ini.”
Heung-min Son on South Korea's exit against Jordan:
'Jordan's having an amazing journey this tournament, it's incredible…'
'I have no regrets, I was giving everything'
👏
(via @beINSPORTS_EN) pic.twitter.com/m4zDzyM6aU
— B/R Football (@brfootball) February 6, 2024