Walaupun Skor Gol Kemenangan, Son Tetap Ditroll Mourinho Kerana ‘Miss’ Penalti

Son Heung-Min telah menjadi nadi kebangkitan Tottenham Hotspur sekembalinya pasukan London itu untuk aksi Premier League selepas dua minggu menikmati winter break.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu telah menjaringkan dua gol buat Spurs dalam aksi mereka menewaskan Aston Villa 3-2 selepas ketinggalan pada minit ke-9.

Dengan dua jaringan itu Son Heung-Min telah menjadi pemain daripada Asia yang pertama menjaringkan 50 gol di Premier League.

Namun persembahan Son Heung-Min yang memberi tiga mata penuh kepada Spurs nyata tidak dapat mengelakkan beliau daripada ditroll.

Insan yang menganjing Son Heung-Min tidak lain tidak bukan adalah pengurus Spurs sendiri, Jose Mourinho. The Troll One?

Ketika ditemurah selepas perlawanan, Mourinho datang untuk menyelit dan bergurau dengan pemain Korea Selatan itu.

“Kau berborak tentang gol beliau jaring atau peluang gol yang dia miss?”

—-

“You speaking about the goals he scored or the goals he missed?!”

Mereka berdua pun ketawa sambil disertai oleh wartawan yang sedang menemuramah dan Son pun meneruskan sesi temuramah itu sambil kesipuan.

Son Heung-Min menjadi nadi kebangkitan skuad Jose Mourinho dengan dua gol pada lewat permainan setiap separuh masa.

Pemain pertahanan Spurs, Toby Alderweireld juga mencuri perhatian dalam perlawanan ini.

Pemain Belgium itu telah menjaringkan gol sendiri namun menebus kembali kesilapan itu dengan gol penyamaan.

Mungkin kerana terlalu lama bercuti, Toby Alderweireld gagal membezakan gol sendiri dan gol lawan.

Hantaran lintang pemain Aston Villa tanpa sengaja telah tertolak masuk ke gawang sendiri oleh kaki Toby Alderweireld.

Namun Toby Alderweireld menebus kembali dengan jaringan penyamaan dengan satu turning badan yang cantik dan rembatan dilepaskan.

Son Heung-Min meletakkan Spurs di hadapan pada penghujung babak pertama, pada mulanya sepakan penalti beliau gagal teruk.

Namun bola muntah segera ditolak masuk dengan satu kuisan oleh Son Heung-min.

Aston Villa bukan kkembali menyamakan kedudukan lapan minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Ketika permainan dilihat hampir berakhir dengan keputusan seri Son Heung-min hadir dengan gol kemenangan.

Mourinho memang jadi macam kanak-kanak riang sikit semalam. Dalam sidang media dia troll wartawan menyatakan dia tak tidur malam menganalisis kes FFP Man City dan berharap Man United dapat dinobatkan menjadi juara.

Jose Mourinho secara bergurau bertanya sama ada larangan dua tahun Manchester City dari UEFA kerana melanggar peraturan Financial Fair Play, bermakna mereka akan dilucutkan gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2018?

Mourinho tanya City ni macam mana?

Beliau berkata, hanya mahu tahu tentang status itu sahaja.

Jose Mourinho membimbing pasukan Manchester United – yang berjaya menamatkan musim 2017/18 di ke tempat kedua di belakang Ciry pada musim itu.

Di mana Man United menamatkan liga 19 mata di belakang pasukan bimbingan Pep Guardiola.

“Saya tidak bazirkan satu minit pun untuk menganalisis apa yang perlu dikaji oleh UEFA,” kata Mourinho pada sidang akhbar selepas Spurs menang 3-2 ke atas Aston Villa dalam aksi liga perdana Inggeris pada Ahad lalu.

“Jika saya pergi ke sana [pejabat UEFA], saya mahu bertanya sama ada pasukan yang menamatkan kempen di tempat kedua pada 2018 akan menjadi juara, ya atau tidak?”

Mourinho kemudian menyatakan beliau hanya bergurau.

“Itu menarik, tetapi sebenarnya itu hanyalah canda gurauan. Sebenarnya saya hanya menunggu dengan tenang perkembangan ini.”

“Saya tidak pernah fikir ia adalah satu keputusan besar atau keputusan kecil,” kata Mourinho.

“Peraturan itu adalah undang-undang, ia adalah ya atau tidak. UEFA menghukum mereka tetapi mereka diberikan peluang untuk merayu.”

“Sehingga selesai proses rayuan, Manchester City masih ada manfaat daripads keraguan / benefit of the doubt. Di akhir proses itu kita akan lihat jika mereka dihukum atau tidak,” tambahnya lagi.

Liga Perdana Inggeris (Premier League) juga telah membuka siasat terhadap kewangan City. Pengurus Man City Guardiola adalah seteru lama Mourinho , sejak dari ketika mereka berada di liga Sepanyol lagi.

Spurs mencapai Kemenangan di Villa Park untuk. Spurs berterima kasih kepada penjaring gol kemenangan masa kecederaan iaitu Son Heung-min.

Kemenangan telah membantu skuad bimbingan Jose Mourinho baik ke tangga kelima, dengan hanya satu mata di belakang Chelsea, dalam persaingan mereka untuk berada di tempat empat teratas.

Namun berdasarkan situasi sekarang, jika Man City gagal di dalam rayuan mereka Adi CAS, tempat kelima pun boleh mara ke Liga Juara Juara Eropah.

Man City dikenakan larangan beraksi dalam UCL / UEL oleh UEFA selepas perlanggaran ke atas Financial Fair Play.

Jose Mourinho berkata beliau tidak begitu bimbang tentang kesan keputusan terhadap peluang pasukannya untuk mara ke UCL musim hadapan.

“Keempat atau kelima, saya hanya mekikirkan tentang melakukan yang terbaik,” katanya.

“Lebih banyak mata yang kita peroleh maka lebih baik peluang kita untuk mendapatkan tempat di kejohanan Eropah.”

“Pada akhir musim ini, kita akan lihat di mana kita berada, jika kita berada di tangga keenam atau ketujuh, jadi tidak ada kaitan pun kalau tempat kelima layak ke Liga Juara-Juara.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di