Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan Victor Osimhen dan Ivan Toney pada Januari ini. Dalam analisisnya, Pochettino seringkali menggariskan bahawa Chelsea seringkali bermain baik seperti yang dia harapkan secara taktikal, tetapi isu penyudah di hadapan gol adalah masalah utama mereka.
Penyerang yang mereka beli dari Leipzig, Christopher Nkunku pula sedang berehat kerana kecederaan.
Chelsea ketika ini bergantung kepada Nichola Jackson sebagai no.9 mereka. Dan kini sedia mendapatkan pemain yang sedang tak gembira di Napoli iaitu Victor Osimhen. Ianya pasti tidak akan datang dengan harga murah.
Pochettino benar benar berharap kelab akan dapat memberikannya pemain tersebut.
Ianya gara gara video tiktok yang dimuat naik akaun rasmi Napoli membuatkan penyerang dari Nigeria itu mahu meninggalkan kelab itu dan malah sedang dalam proses untuk menyaman kelabnya sendiri – menurut ejen beliau sendiri.
Osimhen sudah tentunya penyerang yang berkelas dunia. Dia kekal bersama Napoli selepas kelab itu menolak banyak tawaran yang di bawah tanda harga mereka letakkan iaitu €200 juta.
PSG antara kelab yang pernah membida Osimhen dengan nilai €150 juta namun Napoli menyatakan itu tidak cukup. Dan Napoli yakin penyerang itu akan melanjutkan kontrak baharu dengan gaji yang tinggi ditawarkan sebagai penghargaan kepada penyerang yang membantu kelab itu menjuarai Serie A musim lalu.
Situasi kini benar benar berubah kerana Osimhen dikatakan tidak berminat melanjutkan kontraknya dengan kelab itu. Kerana video mengejeknya meminta penalti dan kemudian dia gagal menyempurnakanna – bukanlah video pertama akaun tiktok Napoli mengejeknya, tetapi sebelum ini satu lagi video mengejek rambutnya seperti kelapa.
Peminat merasakan ada motif rasis di sebalik ejekan itu sebelum ini. Osimhen kekal tenang pada masa itu.
Walaupun dia dilanda tekanan di luar padang, pemain itu kekal profesional, berlatih seperti biasa dan kembali menjaringkan gol dalam aksi menentang Udinese walaupun dia tidak mahu mengambil sepakan penalti dalam perlawanan itu – sedangkan dia disahkan oleh pengurusnya sebelum ini sebagai ‘first taker’ untuk pasukan tersebut.
Chelsea pastinya cuba menggunakan peluang yang ada mahu mendapatkan Osimhen ke Stamford Bridge.
Seterusnya, Chelsea juga berminat mendapatkan Ivan Toney dari Brentford. Pemain itu masih tidak bermain lagi sejak Mei lalu selepas digantung kerana terlibat dalam 232 kes judi bola sepak.
Namun hukuman penggantungan 8 bulan itu akan berakhir pada Januari ini. Toney merupakan penyerang antarabangsa England. Pernah menyatakan bahawa dia sedia merasai cabaran baharu pada musim akan datang. Dengan Arsenal turut dikaitkan dengan pemain itu.
Should Arsenal make a winter move for Ivan Toney? 👀#Toney #Arsenal #AFC pic.twitter.com/OFlUe9gzwg
— AFTV (@AFTVMedia) September 23, 2023
Dan kini Chelsea mahukannya datang. Walaupun Todd Boehly sudah berbelanja lebih £1 billion sejak menjadi pemilik Chelsea. Kehadiran Osimhen dan Toney dianggap satu keperluan untuk kelab mengelak menamatkan kempen di luar slot eropah terutamanya UCL sekali lagi.
Which striker would you prefer at Chelsea? Ivan Toney or Victor Osimhen? pic.twitter.com/KFkLU7JGwY
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) September 29, 2023
Adakah anda rasa Chelsea akan berjaya mendapatka Toney dan Osimhen? Atau salah seorang daripada mereka?