Theo Walcott mengakui bahawa Mesut Ozil adalah pemain yang hebat. Namun dia telah menyusahkan Arsenal dan Arsene Wenger.
Ozil juga dianggap beban kepada pasukan ketika mereka bertahan.
Oleh sebab itu Walcott gembira melihat keberanian Mikel Arteta mengeluarkan Ozil dari Arsenal walaupun Arsenal menganggung kerugian agak besar.
Walcott turut mendedahkan kepayahan dihadapi Wenger ketika Ozil berada di Arsenal. Walcott menegaskan bahawa Ozil ada masalah ‘hilang’ dalam perlawanan besar. Namun Wenger tetap bersabar dengan pemain itu.
Walcott berkata: “Saya anggap Wenger sebagai salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman. Saya dah bekerja dengan dia sangat lama.
“Kamu kadangkala harus membuat keputusan yang besar dan apabila kamu gagal melakukannya, maka orang akan mempersoalkannya. Dia boleh melindungi dirinya pada masa yang sama melindungi dirinya sendiri. Keluarkan dia pada masa situasi tertentu atau tak turunkan dia langsung.
“Namun itulah isunya ketika Wenger, mungkin sebelum dia meninggalkan kelab, di mana kamu mulai melihat sedikit kerosakan, berpotensi berlaku.
“Mungkin semangat cintakan permainan ini sudah pun pudar dalam naluri pengurus. Dan dia mahukan perkara berbeza.
“Ada beberapa perlawanan di mana kamu tak boleh bermain dengan pemain seperti Ozil. Dia hanya boleh membuatkan sesuatu perkara itu berlaku namun kena ikut kepala dia.
“Ianya sama seperti di latihan, di mana kamu mahu dia ada dalam pasukan hanya ketika pasukan kamu sedang menguasai bola.
“Dalam perlawanan yang lebih keras, dia terus tak berminat,” tambah Walcott yang melabel Ozil akan jadi malas bertahan ketika dalam perlawanan yang sukar untuk Arsenal atau perlawanan yang keras dan lasak.
Theo Walcott: "There were certain games where you couldn’t play a player like Özil, he would make things happen but only on his terms.
"It was the same in training, you wanted him on your team but only when you have the ball.
"In games where he was getting roughed up, he… pic.twitter.com/jvHaociS5v
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) June 27, 2024
Walcott menyatakan bahawa pemain pemain Arsenal lain turut terkesan dengan gaya permainan dan ketidakkonsistensian Ozil.
Ketika Arteta mengambil alih dia tidak tuduk kepada status luxury player pemain itu. Luxury player merujuk kepada pemain yang hebat dan seringkali ditanggung oleh pemain lain pada fasa bertahan.
Arsene Wenger sendiri pernah mengakui bahawa pemain pemain Arsenal lain sanggup menampung kekosongan ditinggalkan Ozil pada fasa bertahan.
Arteta pula lebih tegas. Dia tak suka pemain yang malas bertahan walaupun mereka bintang. Itu membawa kepada perbalahan dia dengan Ozil apabila pemain itu enggan menerima untuk diletakkan di bangku simpanan.
Hubungan semakin retak antara Arteta dan Ozil dan akhirnya pemain itu dilepaskan Secara pinjaman dengan Arsenal menanggung berjuta kos untuk gaji Ozil.
Walaupun Wenger pengurus hebat dan antara terbaik sepanjang zaman, namun Walcott lebih suka dengan cara Arteta mengendalikan Ozil.
Arsenal menunjukkan kepercayaan dan sokongan mereka kepada Arteta. Di mana mereka membenarkan Arteta mengeluarkan pemain itu.
Ozil yang dibeli dengan £42 juta dari Real Madrid juga semakin menuju ke fasa akhir kontraknya pada masa itu. Arsenal membayar £350k seminggu sepanjang dia di bangku simpanan dan sebahagian besar gajinya ketika di Fenerbache secara pinjaman.
Daily Star melaporkan Arsenal membayar £16 juta kepada Ozil untuk penamatan kontrak pemain itu.