Seorang netizen yang ada OCD menyatakan bahawa dia tidak akan menyaksikan lagi mana mana gambar pasukan Wales kerana membuatnya berasa tidak nyaman, marah ataupun triggered.
Ini kerana gambar sebelum sepak mula Wales yang tidak tersusun dengan sekata seperti mana gambar pasukan lain. Ketika itu dia menyaksikan gambar yang dikongsi ketika Wales melakukan aksi pemanas badan sebelum Euro.
Bagaimana itu berlaku? Dan sebenarnya ia sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam aksi pembukaan berdepan Switzerland di Baku, inilah gambar pasukan sebelum sepak mula oleh Wales.
5 tahun yang lalu, pada aksi Euro 2016, Wales mara ke separuh akhir sebelum tewas di tangan Portugal.
Namun gambar pasukan sebelum perlawanan mereka menjadi viral sama sensasi dengan pencapaian luar biasa mereka. Pasukan mereka bergambar dengan sususan yang pelik.
Dan peminat mulai tertanya adakah ianya satu ‘kemalangan’? Tidak sebenarnya, mereka sudah melakukan bertahun tahun sebelum itu.
Namun perhatian media tidak kuat ke atas mereka, kerana mereka hanyalah Wales.
Pemain Wales ketika itu, Joe Ledley menjelaskan sebenarnya ia memang bermula daripada satu ‘kemalangan’ di mana mereka tak sengaja ter-bergambar dengan fomrasi yang pelik.
Tetapi mereka kemudian meneruskannya kerana mengaggap ianya unik dan seronok.
“Sebenarnya memang kami semua teruk dalam hal hal bergambar ni. Dan kami sebenarnya memang jarang tengok balik gambar gambar pasukan kami kerana kekadang ianya memalukan dan teruk.”
“Jadi, selepas satu gambar yang teruk kami ambil, kami memutuskan untuk meneruskannya.”
“Kami juga merasakan ada tuah juga selepas bergambar seperti itu [merujuk kepada kempen cemerlang Wales di kelayakan Euro dan aksi Euro – malah Wales pernah berada di ranking tertinggi dalam sejarah mereka – tanggan le-8 pada 2015].”
Wales' squad photos are chaotic 😅 pic.twitter.com/K2QVzv5iMG
— ESPN UK (@ESPNUK) June 12, 2021
“Tapi kami bukan percaya sangat benda benda karut macam tu, cuma saya rasa kami memang teruk dalam hal hal bergambar ni.”
Jonny Williams pada 2016 berkata: “Saya tak ada bersama mereka dalam perlawanan terakhir, saya menonton di tv – dan ianya nampak lebih teruk. Saya ada terlibat dalam gambar gambar seperti itu dalam beberapa tahun, namun ianya tak sengaja pada awalnya.”
“Saya berpendapat kami memang teruk dalam soal bergambar dan selepas itu kami melakukannya untuk banter, saya rasa. Tak pastilah berapa jauh dan lama lagi kami akan meneruskannya. Kecuali kami sudah tidak ada Hennessey di belakang tu.”
“Wayne sangat kekok untuk berlutut di depat, namun dia masih tinggi daripada Allen jika dia membongkok sekalipun. Kami akan teruskan saja. Gambar gambar ini semuanya kami tak berlatih pun buat.”
“Kami cuma bercakap dan berbincang ketika sesi penggambaran dan kami buatlah apa kami nak buat.”
Wales lineup pictures are chaos 😂 pic.twitter.com/DAIZJKOIPP
— B/R Football (@brfootball) June 12, 2021